04 Oktober 2011

Bila Dua Kepentingan Bertembung...

 
 
Terkadang apa yang ditulis dalam blog ini, saya lanjutkan dalam kuliah.

Ianya bagi melebarkan perkongsian manfaat buat mereka yang tidak membaca atau tidak tahu tentang kewujudan blog ini, khususnya mereka yang jarang berinternet.

Baru-baru ini entri ‘Si Dendang Perantau Yang Mengacau’ telah diselitkan di dalam satu kuliah subuh.

Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah untuk memahamkan masyarakat bahawa menutup HP ketika solat adalah tidak salah, walaupun ia janggal. Bahkan terkadang ianya wajib dilakukan. 


Salah seorang audien telah memberi respon.

“Kalau kita tutup HP tengah sembahyang, nanti sembahyang kita pula tak khusyuk ustaz” Ujar audien ‘orang KL’.

Orang KL ni memang suka bertanya. Soalan-soalan mereka terkadang mencabar kefahaman.

“Benar, kita mungkin terganggu jika tutup HP. Tapi kalau kita biarkan HP terus berbunyi, orang lain pulak yang terganggu. Dalam hal ini, kepentingan orang ramai perlu diutamakan jika ia bertembung dengan kepentingan peribadi.” Jelas saya.

Ya. Jika maslahah `amah (kepentingan umum) kontradik dengan maslahah khassah (kepentingan individu), maka maslahah umum wajar didahulukan. 

Itu salah satu dari prinsip Maqasid Syariah (objektif syara`).

Buku Dr. Qardawi yang berjudul Fiqh Al-Awlawiyyat adalah contoh perbahasan Maqasid Syariah. Ianya menceritakan tentang teknik memahami prioriti dan keutamaan bila ianya bertembung.

Ia amat membantu dalam memahami hukum syara`, terutama jika berlaga antara dua kepentingan.

Memang kita perlu menjaga pergerakan di dalam solat agar fokus dan khusyuk boleh berterusan. Tapi, jika HP kita menjadi punca orang lain terganggu, maka kita terpaksa  menghentikannya walaupun kurang selesa kerana fokus dan khusyuk terbantut.

Ianya demi menjaga kemaslahatan teramai. Justeru kemaslahatan peribadi diketepikan.

“Jika tak mau terganggu, silent HP sebelum solat,” tambah saya lagi.

Belajar fiqh dan Usul, jangan lupa belajar juga Maqasid Syariah.

Agar perletakkan hukum syara` sesuai dengan lokasi, situasi dan pihak terbabit.

Fakta yang benar (dalil) memerlukan kesimpulan yang tepat (istidlal).

Takpe, kita semua adalah tilmiz seumur hidup.

Belajar, belajar dan teruskan belajar...

Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budah masih belajar,
Jika tersalah tolong betulkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemuda Ashab Al-Kahfi: Muslim atau Nasrani?

Ibnu Kathir  dalam  Al-Bidayah Wa An-Nihayah  (2/114) menukilkan pandangan sebahagian ahli tafsir bahawa tujuh pemuda tersebut wujud selepas...