11 Jun 2017

Solat Makmum dan Imam Tak sama. Boleh berjemaah sekali ke?

Kadang-kadang kita terlewat hadir solat di masjid. 

Masa itu imam dah habis solat. Makmum pun tak ada yang masbuq. Yang ada hanyalah mereka yang sedang solat sunat. Tapi kita nak pahala berjemaah 27 kali ganda tu. So, boleh ke kita berimamkan dengan orang yang sedang solat sunat, sedangkan solat kita jenis fardhu?

Dalam hal ni, ada perbahasan lanjut dalam kitab-kitab. Cuma di sini nak utarakan mazhab Syafi'y yang fleksibel.

Jika situasi di atas berlaku, kita boleh berimamkan orang yang solatnya tak sama dengan solat kita. Dia solat sunat, kita solat fardhu. Atau dia solat fardhu qada', kita solat fardhu yang tunai. Takpe, boleh je.

Cuma mereka letak syarat iaitu solat kita dan dia mestilah sama dari sudut pergerakannya. Maksudnya, solat kita dan si imam ada berdiri, rukuk, sujud 2 kali, duduk antara 2 sujud dan seumpamanya. Kebanyakan solat memang ada semua tu.

Yang dikira tak sama ialah solat kita ada rukuk dan sujud, tapi solat imam takde macam solat jenazah. Solat jenazah hanya ada takbir 4 kali, rukuk, sujud dan rakaat pun tak ada. Maka 'berjemaah' tak berlaku kalau ikut imam yang solatnya macam tu. Kerana clash antara 2 solat tu terlalu ketara dan tak boleh nak ikut.

Maka, selebihnya, kita boleh saja ikut tanpa perlu siasat jenis solat si imam.


(Sumber : Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh)

Sedikit Info Tentang Niat Puasa

Fungsi Niat

Dalam ibadah, niat adalah perkara yang wajib ada. 

Ada 2 fungsi utama niat, sekurang-kurangnya.

1) Untuk spesifikkan jenis ibadah.

2) Untuk pastikan ibadah dibuat kerana Allah. Ini boleh bantu agar kita ikhlas keranaNya supaya peluang dapat pahala semakin terbuka.


Tempat Niat 

Niat timbul di hati. Maka tempat asalnya adalah di hati. Adapun sebutan dimulut dengan lafaz 'Nawaitu Sawma Ghadin....' atau 'Usalli Fardhal Asri....", maka itu bukannya niat. Siapa yang sebut lafaz seumpama tadi tanpa niat di hati, ia dikira tidak berniat, maka ibadah berkenaan tidak dikira wujud (tak sah). Justeru, hati-hati...

Sebutan lafaz tadi berfungsi sebagai pembantu atau pengingat hati saja. Jika tak lafaz, tapi ada lintasan niat di hati, sudah memadai.


Niat Puasa di Bulan Ramadhan

Ada 2 jenis niat.

1) Niat setiap hari.
2) Niat untuk sebulan sekaligus.

Secara amnya, puasa adalah ibadah berasingan mengikut hari, maka logiknya, niatnya pun perlu berasingan. Berapa hari puasa dibuat, banyak itu juga niat yang berlaku. Baik puasa wajib mahupun puasa sunat. Niat memang dimestikan. Ini pandangan majoriti ulama.

Namun, Ulama mazhab Maliki mengharuskan niat untuk sebulan sekaligus. Ertinya, masa 1st Ramadhan kita niat nak puasa Ramadhan sebulan untuk tahun ini, maka cari ini adalah sah menurut ijtihad mereka. Cuma mereka kata, kalau tiba-tiba puasa terputus dengan sebab sakit, haid, musafir atau apa-apa keuzuran, maka kena niat semula bila nak mula balik. Masa niat kali ke-2 tu, boleh niat sekaligus mewakili hari-hari berbaki.

Hujjah mereka ialah mereka kata puasa Ramadhan adalah ibadah satu set dalam tempoh sebulan. Jadi, sekali niat dah memadai. Namun mereka tak halang sesiapa nak niat ikut hari.

Bila start niat?


Niat puasa boleh dibuat dibuat seawal selepas berbuka puasa. Tak semestinya kena tunggu lepas tarawih, kerana yang penting, niat mesti dibuat di waktu malam, dan maghrib adalah sebahagian dari malam. Ini untuk puasa Ramadhan.

Untuk puasa sunat agak fleksibel. Boleh niat malam dan boleh juga niat lepas subuh atau lepas matahari terbit sampai sebelum zohor. Ertinya kalau niat lepas zohor, tak dikira niat puasa. Keharusan niat macam ni bersyarat iaitu selagi tak jamah makanan.

Alasannya sebab Nabi pernah buat macam tu. Lepas matahari terbit, Nabi tanya isterinya ada makanan apa hari ini. Kalau isterinya jawab tak ada, Nabi akan berpuasa sunat hari tu.




(Semua huraian di atas, diceduk dari Fiqh Islami Wa Adillatuh, tulisan Dr Wahbah Az-Zuhaili)