05 Oktober 2011

"Kita Ini Tetamu Senja"


Secara peribadi, sajak ini amat menyedarkan hati saya tentang pentingnya keseimbangan antara keperluan dunia dan tuntutan akhirat. 

Orang putih kata balancing!

Renung-renungkan yah! :)
Kita datang ini sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya.

Kita datang ini kosong tangan, kosong dada, 
Bila pulang nanti bawa dosa, bawa pahala.

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang

bawalah bakti mesra kepada Tuhan, kepada insan.

Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang

Usahlah durhaka pula kepada Tuhan, kepada insan.

Bila kita lihat manusia lupa tempat 
Atau segera sesat puja darjat, puja pangkat
Segera kita insaf, kita ini punya kiblat,
Segera kita ingat,  kita ini punya tekad.

Bila kita lihat manusia terbiar larat

hingga mesti merempat ke biru laut, ke kuning darat

harus kita lekas segera sedar pada tugas.

Kita datang ini satu roh, satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat!
Oleh : A Samad Said
P/S : Sajak ni pernah dijadikan bahan kuliah :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemuda Ashab Al-Kahfi: Muslim atau Nasrani?

Ibnu Kathir  dalam  Al-Bidayah Wa An-Nihayah  (2/114) menukilkan pandangan sebahagian ahli tafsir bahawa tujuh pemuda tersebut wujud selepas...