23 Disember 2009

Jangan Cepat Perasan Bila Mengkritik

video

video

Hari ini, atas nama tajdid atau ‘reform’, manusia sudah berani merendah-rendahkan metod dan manhaj ulama silam. Melalui slogan ‘ulama juga manusia biasa’, umat di akhir zaman menjadikan hasil pemikiran umat terdahulu dahulu sebagai bahan lucu dan ketawa. Bolehkah begitu? Adakah memperlekeh sesuatu mazhab sudah menjadi ‘rukun’ dalam gerakan tajdid?

Benar, hanya Rasul sahaja yang maksum

Semua orang tahu imam Syafi`iy dan juga imam-imam yang lain merupakan manusia biasa. Boleh tersalah juga tersilap. Tetapi itu bukan lesen untuk menjadikan mereka bahan ketawa dan objek penghinaan.

Tidak dinafikan, sehingga kini masih ada golongan yang menganggap ijtihad ulama sesuci al-Quran dan as-Sunnah. Lantaran itu, mereka melabelkan golongan yang mahu meminda atau menggantikan ijtihad tersebut dengan ijtihad yang lain sebagai sesat, bid`ah, wahhabi dan seumpamanya. Pengakaji Syariah moden menggelarkan mereka sebagai golongan Tradisionalis.

Fenomena ini berpunca dari perasaan cinta dan kasih yang mendalam terhadap imam mazhab. Dari situ, lahirlah apa yang dinamakan sebagai ta`assub.

Menyanyagi tidak salah. Tetapi berlebihan itu juga tidak patut. Bahkan pengasas mazhab juga tidak menggalakkan demikian.

Namun, bukan semuanya begitu.

Kerana itu, usaha memurnikan fikiran atau tanwir aqli – sewajarnya – dilaksanakan dengan cermat dan bijaksana. Bukan dengan cara merendah-rendahkan teknik beriijtihad imam mazhab.

Umpama tikus membaiki labu. Lain yang bermasalah, lain pula yang diperbaiki.

Maahad Fatah dan Aliran Hanafi
Teringat sewaktu berada di Damsyik dahulu. Saya dan beberapa rakan yang lain ditempatkan di Qism Takhassus, Jam`iyyah al-Fath Al-Islamiy dalam Jabatan Syariah. Di antara kitab silibus yang ditetapkan bagi subjek Fiqh Mazhabi dan Usul Fiqh ialah kitab Al-Hidayah Syarh Bidayah al-Mubtadi (fiqh) serta At-Taudhih Syarh At-Tanqih (Usul Fiqh). Kitab-kitab ini mendokong aliran imam Abu Hanifah dalam Fiqh dan Usulnya.

Perbahasan-perbahasan yang terkandung dalam kitab-kitab ini memang mencabar dan memeranjatkan. Melalui buku-buku ini, anda dapat melihat bagaimana teruknya mazhab Syafi`iy dan Maliki ‘dibelasah’ oleh ulama-ulama Hanafi. Namun, mereka sekali-kali tidak pernah memangsakan ‘cara berfikir’ ulama yang tidak sealiran dengan mereka. Tiada sebarang penghinaan dan sindiran.

Tiada juga kedengaran nada-nada memperlekeh, “mazhab si anu rigid”, “pemikiran si dia sempit dan banyak mengundang mafsadah” “pandangan imam itu hanya sesuai dengan zaman ‘tok nadok’!” dan yang sewaktu dengannya.

Dari situ juga, tiada pula kedengaran hilai ketawa daripada murid, apatah lagi bertepuk tangan merendah-rendahkan sesuatu aliran.

Ketika ini, dalil berbalas dalil. Hujah berdepan hujah. Akhirnya, kepelbagaian mazhab ini menyerlahkan keluasan syara` dan kehebatannya dalam menyelesaikan urusan hidup.

Mengharmonikan Hiwar

Hakikatnya, fenomena ini tidak banyak berlaku kepada pengkaji syariah silam yang beretika. Sikap positif mereka dalam berdialog amat terpuji dan menjadi contoh teladan. Mereka sering berlapang dada dengan khilaf yang berlaku. Mereka memahami bahawa ‘lawan’ mereka bukan suka-suka mencipta percanggahan. Mereka menyedari akan adanya cara dan teknik istinbat tertentu yang digunakan oleh pihak ‘lawan’. Mereka juga arif betapa unsur-unsur lokasi dan kondisi antara punca terbentuknya sebuah khilaf.

Sikap positif ini tercetus daripada hadis Nabi yang popular :

إِذاَ حَكَمَ الحَاكِمُ فَاجْتَهَدَ فَأَصَابَ فلهُ أجْرَانِ، وإذا حكم فاجتَهَدَ فأخْطَأَ فله أجرٌ

Apabila seseorang hakim berhukum dan berijtihad, lalu ijtihadnya tepat dan benar (di sisi Allah), maka baginya 2 pahala. Namun jika ia ijtihadnya salah (di sisi Allah), maka baginya 1 pahala.

(Al-Bukhari & Muslim)

Berikutan itu, lahirlah slogan yang berasaskan hormat menghormati dan berbaik sangka.

رَأْيِيْ صوابٌ يَحتمِل الْخطأَ. ورَأْيُ غَيْرِي خطأٌ يحتمل الصوابَ

Pandanganku benar dan tepat, tetapi mungkin juga tersilap. Pandangan orang lain tersilap, tetapi mungkin juga tepat dan benar.

BENAR atau SALAH itu hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Lantaran itu, sikap yang wajar diambil dalam menghadapi khilaf ialah berlapang dada serta menghormati pandangan orang lain – selagi khilaf itu muktabar.

Contohi Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Dr. Al-Qaradhawi di antara tokoh tajdid dan islah di zaman ini. Beliau seorang yang sinonim dengan idea wasatiyyah dan tidak fanatik kepada mazhab. Ramai yang menyokong beliau.

Namun, yang mengikut jejak langkah beliau tidaklah seramai itu.

Sudah banyak jemputan yang beliau hadiri. Sudah berderet buku yang beliau karangi, termasuk karya terbaru Fiqh Al-Jihad. Namun tiada satu ayat pun yang berbaur sindiran terhadap sesuatu mazhab. Beliau menyayangi dan menyanjung Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Al-Qayyim, tetapi beliau tidak semudahnya membid`ahkan maulid, zikir beramai-ramai dan seumpamanya. Dan yang lebih penting, tidak pernah beliau dilihat melawak-jenakakan aliran-aliran fiqh yang sudah lama membawa rahmat kepada umat.

Dalam aspek ini, ramai yang mendakwa membawa pemikiran tajdid atau ‘reform’ menyusuri lorong yang berbeza dengan beliau.

Dr. Al-Qardhawi ikon mithali bagi pendekatan wasatiyyah dan tidak fanatik mazhab. Beliau membawa tauladan tinggi terhadap penghormatan dan kemuliaan terhadap ulama dan mazhab. Kerana itu, tidak hairan yang mendokong idea beliau lebih ramai daripada yang membuangnya. Semakin hebat dan berpengaruh, semakin tawaduk dan tinggi rasa hormatnya kepada orang.

Tidak seperti sebahagian sarjana-sarjana ‘kita’. Pengaruh boleh dikira, sumbangan intelek tidaklah setara ‘mereka’ (sarjana silam), tapi kerana 'perasan' menguasai diri, sudah berani menghina dan menjadikan ‘mereka’ bahan gurau senda.

Memang pelik. Barangkali, inilah antara sebabnya mengapa Tanah Melayu masih lagi ketiadaan individu sehebat Syaikh Idris al-Marbawi.


Himmah yang rendah terhadap ilmu merupakan punca utama. Jika ada yang sedang meningkat alim pun, potensi alim dan intelek itu ‘dibunuh’ oleh sifat `ujub dan rasa besar diri.
Allah menghalang cahaya ilmu dari masuk ke dalam jiwa


اِعلَمْ أنَّ طَالبَ العلمِ لاَ ينالُ العلمَ ولا ينتفع به إلا بتعظيم العلم وأهله وتَعْظِيْمِ الأستاذِ وتَوقِيْرِه

(تعليم المتعلم طريق التعلم)

Ketahuilah bahawa seseorang pengkaji ilmu itu tidak akan berjaya mendapatkan ilmu serta memanfaatkannya melainkan dengan cara mengagungkan ilmu dan ahlinya (ulama) serta menghormati guru.
Islah biar kena caranya
Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar! Jangan kerana marahkan segelintir umat yang bersikap fanatik mazhab Syafi`iy, maka mazhab Syafi`iy atau yang lainnya menjadi mangsa sindiran!

Barangkali ada 2 pendekatan. Pertama, dengan mencari penyelesaian bersesuaian melalui ijtihad ulama selain imam Syafi`iy seperti yang terdapat dalam khazanah fiqh yang luas itu.
Kedua, jika masih mahu menggunapakai aliran Syafi`iy, maka langkah yang mesti ditumpukan ialah mengajak para sarjana dan ilmuan tempatan agar sama-sama meningkatkan keupayaan mengguna Usul Fiqh versi Syafi`iy.

Mazhab Syafi`iy sebenarnya tidaklah rigid atau kaku seperti yang disangka. Ia ‘nampak’ sedemikian kerana kebanyakan di kalangan kita hanya menghafal ‘hasil ijtihad silam’ ulama Syafi`iyyah lalu terikat dengannya. Tidak ramai yang benar-benar dapat menguasai manhaj atau metodologi ijtihad imam Syafi`iy seperti yang digagaskan dalam bukunya Ar-Risalah. Dengan rasa insaf, saya mengakui, saya di antara golongan yang teramai itu.

Tapi, dengan memperkasakan usaha dan memperdalam kajian, kita akan dapat mencerahkan fikiran umat dan menyelesaikan permasahan secara positif. Insya Allah...
مَن كَثُرَ اطِّلاَعُه، قَلَّ اعْتِرَاضُه
Sesiapa yang banyak mengkaji, kuranglah bangkangannya
Adab Berkhilaf
Pemilik web saifulislam.com sering menegaskan, SIKAP adalah penentu kepada keharmonian atau sebaliknya dalam dialog atau hiwar. Hiwar tidak akan bermanfaat andai ego, bongkak, taassub, fanatik, merasakan kebenaran hanya berpihak kepada diri dan merendah-rendahkan pihak lain menjadi SIKAP. Dialog seperti ini hanya akan menebalkan biadab dan kurang adab kepada ilmuan dan ilmunya.

Mereka yang belajar di Timur Tengah, apabila pulang membawa 1001 macam dalil dari pelbagai isu. Namun yang menjadi persoalan ialah bagaimana dalil-dalil itu diaplikasi. Bagaimana ia memadankannya dengan situasi setempat dan semasa. Bagaimana ia menzahirkan pendapat berdasarkan timbangan maslahah dan mafsadah. Serta bagaimana pula ia bereaksi dalam pertembungan pendapat. Kerana itu akhirnya, SIKAPlah yang menjadi penentu.
Barangkali, subjek khusus berkaitan ADAB BERKHILAF @ ETIKA BERDIALOG @ KEDUDUKAN ILMU DAN ILMUAN dan yang sewaktu dengannya perlu diajar di institusi-institusi ilmu agar sarjana-sarjana yang menjadi graduan selepas itu akan menjadi manusia yang beretika dan menjaga adab dalam melakukan kritikan ilmiah ke atas sarjana-sarjana sebelumnya. Penghormatan yang sewajarnya kepada ilmu dan ahlinya lambang kepada ketinggian tamadun kemanusiaan. Ia juga tanda penghargaan generasi junior kepada generasi senior yang ‘otai’ itu.

Dalam kita menyatakan "Imam Syafi`iy juga manusia biasa, boleh dikritik dan ditolak pandangannya", ingat-ingatlah, kita lagi lagi 'biasa' daripada 'biasanya' Imam Syafi`iy itu.

Kita dan imam Syafi`iy sememangnya sama dari sudut manusiawi. Tapi tentunya jauh berbeza dari sudut pencapaian dan kualiti.

Kerana itu berhati-hatilah, kesombongan itu musuh keilmuan.

15 Disember 2009

عمرو الحكيم، عطاء من ربنا الكريم

Pada jam 2.15 pagi, tanggal 8.1.08, lahirlah anak sulung kami yang diberi nama Amru Al-Hakeem di Pusat Rawatan Kohilal, Taman Malawati, Selangor. Hingga ke saat ini, umurnya sudah hampir mencecah 2 tahun dan masih 'berseorangan' tanpa teman sepermainan. Insya Allah, jika tiada aral, Julai 2010 mendatang akan muncul adiknya pula...

(Ya Allah, Permudahkanlah kami berdua untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa dengan sebaiknya. Bantulah kami dalam urusan ini seperti mana engkau telah memberikan bantuan kepada hamba-hambaMu yang soleh... Amin!)

Gambar Terbaru : Dahi kena lekat plaster sebab luka akibat 'terjun' katil dan 'tanduk' bucu simen... gaya 'ghenyih' tu macam tak serik...


Berposing sebelum balik kampung



Lepas 'test' masuk dalam bekas pakaian, mulalah panggil ibunya "ma!" "ma!" untuk tarik perhatian...


"Ammm! Nyum! Nyum!, sedapnya makanan niii"



"Awat depa pakat suh tengok benda 4 segi tu?" Masa ni masuk Amru berumur kurang lebih 8 bulan




Posing masa meniarap pulak



Sedang menunggu suapan makanan

05 Disember 2009

بسم الله أبتدئ

منذ عدة أسابيع، ذهني مشغول حول فكرة "إنشاء موقع الإنترنيت الشخصي" أو ما يسمونه اليوم ب "بلوك". هذه الفكرة – التي لم يُرحَّب بمجيئها – قد تَسَلَّلَتْ ذهني وشغَّلتْه كثيرا، خصوصا بعد ما أكثرتُ من الاطلاع على مواقع الزملاء أمثال خضر الحافظ، وحزوان، وعزرين، وأمري وأخيه أمير، وتوفيق وغيرهم من أصحاب الموقع.

أنا شخصيا، أجد أن الفكرة رائعة، وعندي رغبة في ذلك، لكنني دائما مُتردِّد ومُتَسَائِل لِنفسي، "ما الهدف وراء إنشاء "بلوك"؟ ما أنواع المحتويات التي ينبغي أن تُنشَر عبر هذا الموقع؟ أهي مقالة دينية أم سياسية أم عائلية أم علمية أم ماذا؟ وهل أستطيع أن أكتب المقالات باستمرار دون انقطاع؟ وهل أُطيق عُكُوفا طويلا أمام الجهاز لتزويد معلومات جديدة؟ تساءُلات كثيرة خطرتْ ببالي بين الحين والآخر...

مضتْ أيام ولم أزل مترددا... لكن تَبَيَّنَ لي - بعد النظر والتأمل لِمُدة مِن الزمن - أنّ الموقع الشخصي هو الآخَر مصدرٌ لِجَنْيِ الثواب إذا استُعمِل لنشر العلم وتعميم الخير، كما يمكن أيضا أن ينقلب إثما وبالتالي عقابا إذا استُخدِم لِبث الزُّور والبُهتان وإحداث المشاكل.

من عمل صالحا فلنفسه، ومن أساء فعليها (فصلت : 41)

وأيضا "بلوك" يمكن أن يصير ميدانا للتدرب على الكتابة وتقوية الأساليب وتنويع التعبيرات في اللغة المحلية والعربية والانكليزية. أليس جمالُ التعبير وروعتُه من أهم الوسائل "ليَحْسُنَ سكوتُ المستمع" على الكلام؟ بلى، إن في البيان لَسِحرًا إذا رُتِّب الجُمَل وفُنِّنَ الْكَلام ونُوِّع الأساليب.
لذلك لن أُعيِّن نوعا خاصا من أسلوب الكتابة. لأن الأمرَ الأهم لديَّ الآن نشرُ ما يفيد الآخرين وينفعهم بقدر المستطاع...

أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ (المعجم الكبير للطبراني)

نعم! هكذا ينبغي أن تكون "المدونات الإلكترونية"، مكان لتبادل المعارف والمعلومات وتوثيق الأُخوَّة والصِّلات، لا لتوسيع دائرة العداوة والبغضاء ولا لكسر الوحدة والإخاء...
المسلمُ مَن سلِم المسلمون من لسانه ويده (مسلم)


بإذن الله سوف أكتب حسب الاستطاعة الزمنية والفكرية. وأختار اللغة التي تحلو لي... لأنني لستُ ممن يملك المهارةَ الكافية في فنِّ التعبير. لكنني أُؤمِنُ بأن أهم شيئ لتحصيل أمر ما في حياتنا المحاولةُ الجِدِّية والتفنُّن فيها ! نَعَمْ، المحاولة، ثم المحاولة، ثم المحاولة المستمرة بدون مَلَل. وبذلك نال الإنسان مأموله.