05 Disember 2010

Kesusahan Rakyat Diutamakan, Pencapaian Pemerintah Didahulukan?




Untuk ke sekian kalinya, rakyat Malaysia dipaksa menelan hakikat dari kenaikan harga keperluan asas seperti minyak petrol, diesel, gas dan gula.

Kenaikan harga petrol RON95 sebanyak 5 sen menjadikan RM1.90 seliter, diesel naik 5 sen menjadikannya RM1.80 seliter manakala gas LPG juga naik 5 sen menjadikan harganya RM1.90 sekilogram. Harga gula pula naik 20 sen menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.


Pengumuman di suatu ketika

4 hari yang lalu, kenaikan harga petrol RON97 sebanyak 15 sen telah diumumkan. Alasan yang telah diberikan ialah perubahan harga pasaran yang diapungkan sejak Julai lalu.

Jika dahulu rakyat diberikan alasan kenaikan harga petrol untuk meningkatkan taraf pengangkutan (yang walaupun penaiktarafan kualiti pengangkutan tidak jelas kelihatan) namun kali ini entah apa pula alasan pemimpin negara.


Alasan Yang Sering Meragukan

Setiap alasan, sebab dan tujuan disebalik kenaikan harga barang-barang asas keperluan rakyat ini selalunya tidak jelas dan meragukan. Bahkan adakala rakyat melihatnya sebagai pembohongan dan alasan yang tidak munasabah.

Di sebalik alasan penjimatan subsidi, mengurangkan beban negara dan pelbagai lagi, rakyat tertanya-tanya, apakah rasional pemerintah bercadang mahu membina bangunan 100 tingkat dengan anggaran bernilai RM 5 bilion seperti yang diumumkan dalam belanjawan tempoh hari?



Orang-orang kampung bertanya : “Apa kejadahnya bangunan tu nak dibuat?”


Orang-orang pekan pula mencadangkan : “Tak boleh ke cancel dan salurkan peruntukkan buat bangunan tu untuk menolong rakyat?”

Rakyat mengeluh kebingungan.


Inilah Kepastiannya

Apa yang pasti ialah kebanyakan harga-harga barang keperluan asas akan turut dinaikkan.

Beras, tambang pengangkutan, ikan, sayur, lauk-pauk dan segala perkara-perkara asas keperluan si rakyat akan bertambah-tambah mahal.

Keperluan perkahwinan, hantaran nikah dan kenduri walimah sedang dan akan menjadi medan untuk segelintir ibu dan bapa ‘menperniagakan’ anak gadis mereka. Siapa yang susah? Pengantin lelaki dan keluarga mereka.


Ibu-ibu dan bapa-bapa akan bertambah pening kepala setiap kali berdepan dengan musim perayaan dan musim anak-anak mereka kembali ke sekolah.


Ya, semua natijah yang PASTI ini dinamakan kesusahan dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat.




Malaysia juga negara pengeluar minyakkan?


Amaran Rasulullah

Alasan yang telah dan sedang digunakan bagi meredakan kemarahan rakyat ialah :
''Harga gula dan bahan api di Malaysia masih merupakan yang terendah di rantau ini walaupun selepas harga baru diperkenalkan"
Bukanlah semua rakyat kita yang gajinya sama dengan gaji setiausaha parlimen yang bernilai RM 7, 187.40 apatah lagi nak menyamai gaji menteri-menteri kabinet yang bernilai RM 14, 907.15. Bahkan jauh sekali Malaysia mempunyai majoriti rakyatnya yang bergaji RM 22,826.65 – gaji seorang Perdana Menteri!

Juga bukanlah semua rakyat Malaysia mempunyai pendapatan setanding dengan gaji seorang insan yang menghimpunkan jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri sekaligus disamping jawatan sebagai Ahli Parlimen. Kerana dengan pendapatan sebanyak RM56,753.84 sebulan, sudah tentu tiada masalah untuk menghadapi sebarang kenaikan harga.


Justeru, usahlah dilihat sebagai pemerintah yang zalim lagi menindas!


Usahlah juga menambahkan keyakinan rakyat betapa pemerintah negara Malaysia adalah perasuah, pemboros dan tidak cekap menguruskan negara dan ekonomi!


Pemerintah yang mengutamakan pencapaian kekayaan sendiri serta mendahulukan kesusahan untuk rakyat tidak akan terlepas dari doa Rasul yang sentiasa dimakbulkan Allah.


Baginda – yang tahu akan kewujudan bakal pemerintah yang menindas ini – mendoakan :


اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَّ عَلَيْهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَرَفَق بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ


Ya Allah, mana-mana pemerintah yang menguruskan rakyat tetapi menyusahkan rakyatnya, maka berilah kesusahan kepada mereka (di dunia dan akhirat). Dan mana-mana pemerintah yang menguruskan rakyat serta mengasihani dan memudahkan rakyatnya, maka kasihani dan permudahkanlah urusan mereka (di dunia dan akhirat).

H.R Muslim, Ahmad dll


Baru-baru ini Dr. Said Ramadhan al-Buti ada berpesan.
Kembalilah kepada ALlah, nescaya Dia akan membantu kita melepaskan diri kongkongan golongan penindas lagi zalim.

Tuhan! Engkaulah tempat kami bergantung.


Kasihanilah hamba-hambamu yang lemah Ya Allah...


30 November 2010

دعوة عامة لحضور درس الأحاديث النبوية

سوف يعقد معهد التعليم الباعلوي الدرس الشهري للأحاديث النبوية من خلال الكتاب القيم الترغيب والترهيب الذي ألفه الإمام المنذري رحمة الله عليه

وسوف يقوم بشرحه شيخنا أحمد فهمي زمزم الندوي حفظه الله. وتستغرق مدة المحاضرة عادة حوالي ساعة ونصف تقريبا

وتفاصيل المعلومات كما يلي

التاريخ : 5 دسمبر 2010
اليوم : الأحد
الوقت : بعد صلاة المغرب
المكان : القاعة الكبيرة للمعهد

عنوان المعهد
Pusat Pengajian Ba’Alawi KL
No 9,Jalan UP 2A
Prim Ukay, Saujana Melawati
53100 Kuala Lumpur, Malaysia


لمزيد من الاستفسار، يرجى الاتصال
03-4108 5888
يرجى الحضور لمن يتمكن

28 Oktober 2010

'Mendulang Emas' Di Bulan Zulhijjah

Kredit : shoair.deviantart.com

Jika 2 bulan setengah yang lalu umat Islam di seluruh dunia telah melalui musim ‘pahala berganda’ di bulan Ramadhan, maka pada 1 Zulhijjah nanti (jangkaan pada 8 November 2010), kita akan menemui satu lagi peluang meraih pahala berganda.

Tempoh dan waktu ‘pahala berganda’ tersebut akan berlangsung selama 10 hari, bermula dari 1 hingga 10 Zulhijjah pada setiap tahun hijrah. Asas kelebihan ‘bonus berganda’ ini adalah berdasarkan firman Allah ta`ala :


وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْرٍ

Al-Fajr : 1 -2


Demi waktu fajar! Dan demi malam-malam sepuluh!

Pandangan Ahli Tafsir

Ulama sedikit berkhilaf dalam mentafsirkan erti ‘malam-malam yang sepuluh’. Namun, perselisihan tafsiran tersebut tidak mencetus kontradik yang serius dalam memahami teks. Ini kerana segala pandangan yang terbit boleh dan dapat disatukan dalam ayat tersebut.


Antara lain ulama memaksudkan ‘Layalin `Ashr’ sebagai :

- 10 hari pertama dalam bulan Zulhijjah.
- 10 malam terakhir dalam bulan Ramadhan.
- 10 hari pertama dalam bulan Muharram (kerana kewujudan hari asyura pada hari yang ke-10 Muharram)
- Dan lain-lain.

Hadith Sebagai Penguat

Terdapat riwayat hadith yang menjelaskan kelebihan 10 hari pertama Zulhijjah secara umum.
Ianya adalah hadith yang direkodkan oleh imam Abu Daud, Tirmizi dan lain-lain. Sabda Rasulullah s.a.w :


ما من أيام العمل الصالح أحبّ إلى اللَّه فيهنّ من هذه الأيام- يعني عشر ذي الحجة- قالوا: ولا الجهاد في سبيل اللَّه؟ قال: ولا الجهاد في سبيل اللَّه، إلا رجلا خرج بنفسه وماله، ثم لم يرجع من ذلك بشيء

“Tidak ada hari-hari yang ketaatan padanya lebih disukai oleh Allah berbanding hari-hari sepuluh pertama dari bulan Zulhijjah.

Para sahabat bertanya : “Hatta berperang di jalan Allah pun tidak sehebat itu, Ya Rasulullah?”

Baginda menjawab : “Berperang di jalan Allah pun tidak sehebat itu, melainkan jika ia keluar berperang dengan diri dan hartanya, kemudian ia tidak lagi pulang-pulang (mati syahid).”


Rasional Kelebihan Zulhijjah

Dr. Yusuf Al-Qardawi menjelaskan antara punca Zulhijjah memiliki kelebihan ialah kerana ianya termasuk dari bulan-bulan haram yang empat. Selain itu, aktiviti-aktiviti ibadah haji seperti wuquf di Arafah, bermalam di Mina dan Muzdalifah dan laim-lain turut dilaksanakan dalam tempoh itu. Malah hari raya Aidil Adha dan sembelihan korban turut disyariatkan pada bulan tersebut. Peristiwa-peristiwa tersebut menyerlahkan kelebihan bulan Zulhijjah.

Justeru, seperti mana 10 malam terakhir Ramadhan adalah malam-malam terbaik, maka 10 hari pertama Zulhijjah adalah siang-siang terbaik. Sepertimana Lailatul Qadr adalah semulia-mulia malam, maka siang 9 Zulhijjah adalah semulia-mulia siang.

Amalan Umum dan Amalan Khusus

Ada banyak bentuk kebaikan yang boleh dilakukan dalam tempoh tersebut. Kita boleh berpuasa, memperbanyak bacaan al-Quran, berzikir, bersedekah, memperbanyak solat sunat, menghulurkan bantuan, menghadiri majlis ilmu dan banyak lagi.

‘Keumuman’ hadith di atas membuka ruang yang luas buat manusia untuk mempelbagaikan jenis dan bentuk amalan asalkan ianya baik dan soleh di mata syarak menurut dalil yang umum dan prinsip maslahah.

Di sana terdapat beberapa hadith yang menyarankan amalan-amalan sunat di dalam tempoh 10 hari tersebut. Antaranya :

  • Berzikir. Rasul menyarankan :


مَا مِن أيامٍ أعظمُ عِندَ اللّه ولاَ أحبُّ إليهِ فِيهِنَّ العملُ مِن هذه الأيام: عشرِ ذي الحجة- أو قال: العشرِ- فأكْثِرُوا فيهنَّ مِنَ التهليل والتسبيح والتكبير والتحميد

Tidak ada hari yang lebih agung dan lebih disukai oleh Allah dari segi beramal soleh daripada hari-hari 10 pertama Zulhijjah, kerana itu, perbanyakkanlah mengucap tahlil, tasbih, takbir dan tahmid pada hari-hari tersebut.


(H.R Ahmad, Tabrani, Baihaqi dll)

Imam Nawawi menjelaskan :


وَاعْلَمْ أَنَّهُ يُستَحبُّ الإكثارُ مِن الأذكارِ في هذا العَشْرِ زيادةً على غيرِه ، ويُستحبُّ مِن ذلك فِي يومِ عَرَفَةَ أكثرَ مِن باقي العَشْرِ

Ketahuilah bahawa disunatkan memperbanyak zikir pada sepuluh hari tersebut melebihi hari-hari lain. Dan disunatkan juga (membanyakkan zikir) pada hari Arafah (hari ke-9 Zulhijjah) lebih dari 10 hari yang berbaki.


(al-Adzkar, hlm. 173)

  • Berpuasa pada 9 Zulhijjah (hari Arafah) bagi mereka yang tidak menunaikan haji.

Puasa di hari Arafah ‘membakar’ dosa selama 2 tahun. Rasulullah s.a.w pernah menjelaskan :


يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ

(Puasa di hari Arafah) menghapuskan dosa tahun lalu dan tahun hadapan.

(H.R Muslim)

Bahkan pahala berpuasa dan melakukan kebaikan di siang hari-hari yang sepuluh itu ditambah dan digandakan.


وَإِنَّ صِيَامَ يَوْمٍ مِنْهَا يَعْدِلُ بِصِيَامِ سَنَةٍ، وَالْعَمَلَ فِيهِنَّ يُضَاعَفُ سَبْعمِائَةِ ضِعْفٍ

Sesungguhnya berpuasa sehari dari 10 hari tersebut pahalanya menyamai berpuasa setahun. Dan beramal soleh pada hari-hari tersebut digandakan pahalanya sehingga 700 kali ganda.


(H.R al-Baihaqi dlm. Syu`ab al-Iman, As-Suyuti dlm. Jami` al-Ahadith)

Peluang menggandakan pahala dan menghampiri rahmat Allah bakal tiba.

Usah biarkan peluang keemasan ini berlalu begitu sahaja. Siapa tahu, amalan kita dalam 10 pertama Zulhijjah nanti mungkin menjadi punca utama kita ke syurga....


فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

Berlumba-lumbalah kamu dalam membuat kebaikan

Sekadar ingatan buat diri dan taulan.

Renung-renungkan dan selamat beramal!


21 Oktober 2010

Surah at-Tin Penyelamat Rumahtangga

Imam al-Qurtubi menyelitkan kisah menarik ketika mentafsir sepotong ayat dari surah at-Tin.
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam seindah-indah ciptaan.”
At-Tin : 4
Seorang lelaki bernama Isa dan Musa al-Hasyimi sangat menyayangi isterinya. Bagi Isa, isterinya bak bidadari kayangan yang turun ke dunia. Sudah habis bahasa pujian yang telah dihamburkan kepada kekasih hatinya itu.

Dek kerana ‘geram’ dengan kecantikan isterinya, Isa mengungkapkan :

“Engkau tertalak tiga jika engkau tidak secantik dan seindah bulan purnama!”

Ungkapan 'aneh' Isa telah membantutkan suasana romantik yang dibina.

Terperanjat dengan kata-kata Isa, isterinya bingkas bangkit dan menutup auratnya serta berkata:

“Kenapa abang menceraikan saya?!”

Tidur mereka pada malam itu tidak lena. Kerana kecantikan, penghargaan bertukar menjadi bencana. Bukan kecil anak tragedi yang terjadi. Sebuah rumahtangga bahagia dan kasih sayang menjadi korban.

Mengadu kepada khalifah

Keesokkan harinya, si ‘janda’ Isa berjumpa khalifah Abu Ja`afarAl-Mansur dan menceritakan segala-galanya kepada baginda. Khalifah al-Mansur berang dengan peristiwa tersebut lantas memanggil para ulama.

“Ini kes penceraian yang aneh. Maka, apakah pandangan syara` terhadap kes ini?” soal al-Mansur kepada jemaah mufti dan ulama di hadapannya.

“Talak telah jatuh dan wanita tersebut telah pun diceraikan.” Mereka sepakat memberikan jawapan setelah meneliti masalah dan berijtihad.

Ini kerana bulan purnama adalah ciptaan Allah yang indah dan tiada tolok bandingnya.

Bulan sering menjadi lambang keindahan dan kecantikan. Justeru, insan yang indah dan cantik akan disamakan pula dengan bulan purnama.

“Engkau laksana bulan...” Ungkap seorang penyanyi terohor itu.

"طَلَعَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا..."
“Telah datang bulan pernama (Nabi Muhammad) kepada kami…” 

Seru golongan Ansar ketika menyambut kedatangan Rasulullah di Madinah.

Dari sudut itu, memang tiada siapa yang boleh mengatasi kecantikan bulan purnama.

Surah at-Tin sebagai penyelamat

Sungguh pun majoriti fuqaha` yang bersidang bersependapat menjatuhkan talak, ada seorang ulama dari aliran Hanafi yang dilihat masih berdiam diri.

Diamnya adalah diam ubi.

Khalifah al-Mansur menyedari kehadiran sarjana ini. Baginda menegur lelaki tersebut.

“Kenapa anda masih berdiam diri? Apakah ada pandangan lain?”

Lelaki tersebut mengangkat kepala dan membacakan surah at-Tin dari ayat 1 sehingga ayat 4.
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
“Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam seindah-indah ciptaan.”
At-Tin : 4

“Wahai Amirul Mukminin, manusia adalah makhluk terindah dan tercantik berdasarkan ayat tadi. Justeru, tidak ada mana-mana ciptaan Tuhan yang boleh menandingi keindahan manusia, hatta sang rembulan.” Ujar si alim membuat kesimpulan.

Semua terpegun dengan ‘kefahaman’ lelaki tersebut. Sebuah surah telah menyelamatkan sebuah rumahtangga.

Ibrah kisah

Talak dan cerai bukan perkara main-main. Usah jadikannya umpama zikir atau wirid.

Kalau tak tahu, jangan segan bertanya mereka yang tahu! 

Al-Quran pula bukan bacaan bermusim ketika Ramadhan atau kematian. Tapi ianya bacaan hari-hari yang mesti dipelajari dan difahami.

Usahakanlah...!
Jangan biarkan mushaf berhabuk sawang.

Rujukan:


- Al-Jami`ul al-Ahkam - Imam al-Qurtubi
- At-Tafsir al-Munir - Dr. Wahbah az-Zuhayli

18 September 2010

Semoga 'Latihan Ramadhan' Menjadi Kebiasaan

Menurut sebuah cerita, sayyidina Ali radiyallahu anhu pernah disapa oleh seorang lelaki di pagi raya.

“Wahai imam, di pagi hari raya anda masih memakai pakaian kasar dan memakan roti dari tepung yang kasar?”


Beliau menjawab :

لَيْسَ الْعِيْدُ لِمَنْ لَبِسَ الْجَدِيْدَ # إِنَّ الْعِيْدَ لِمَنْ طَاعَتُهُ تَزِيْد


اَلْيَوْمَ عِيْدٌ وَغَدًا عِيْدٌ وَبَعْدَ غَدٍ عِيْدٌ # وَكُلُّ يَوْمٍ لاَ نَعْصِي اللهَ فِيْهِ فَهُوَ عِيْدٌ


Bukanlah hakikat perayaan itu untuk mereka yang mengenakan pakaian baru,

Kerana sesungguhnya perayaan itu adalah untuk mereka yang ketaatannya bertambah maju.

Hari ini, esok dan lusa adalah hari raya,

Dan setiap hari yang kita tidak lakukan maksiat kepada Allah padanya adalah hari raya.

(Rujukan : http://ejabat.google.com/ejabat/thread?tid=666699d881d5c12b)

(Kredit : luqmanhakim.multiply.com)


Syawal untuk disyukuri

Ramadhan 1431h telah berlalu pergi dengan sejuta kebaikan dan keberkatan. Syawal pula bertandang sebagai bulan menzahirkan kesyukuran dan kemenangan untuk mereka yang – sekurang-kurangnya – berjaya meningkatkan iman melalui amal taat di dalam bulan Ramadhan.


وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.


Al-Baqarah : 185


Suasana ibadah di waktu siang dan malam amat terserlah di dalam 30 hari yang berkat ini. Di sana sini manusia murah dengan derma dan simpati. Masjid dan surau lebih meriah dengan kunjungan umat yang hadir menunaikan solat berjemaah. Ayat-ayat al-Quran sering kedengaran dibaca secara individu dan berkumpulan. Suasana penuh berkat ini tampak jelas dan zahir dalam bulan Ramadhan.

Kemeriahan ini ada kaitan dengan ketiadaan sang penyesat umat yang dilaknat.

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ

Apabila masuk malam pertama dari bulan Ramadhan, maka syaitan-syaitan dan ketua-ketua jin diikat

H.R Tirmizi, Al-Hakim dll

Ketiadaan ketua-ketua syaitan memberikan lebih peluang untuk insan fokus dalam latihan pembangunan iman.


Akademi Ramadhan – Bulan Latihan

Allah memperuntukkan 29 atau 30 hari dalam bulan Ramadhan sebagai tempoh untuk manusia melatih diri dengan pelbagai jenis ibadah dan amalan sunat. Bermula dengan solat berjemaah, bersedekah, membaca al-Quran, menahan anggota dari melakukan maksiat, mendidik nafsu melalui puasa perut dan anggota, mengawal selera sewaktu berbuka dan berbelanja serta pelbagai lagi.

Harapan untuk kita semua setelah sebulan menjalani kursus akhlak dan rohani dalam akademi ini agar ketaqwaan dan kualiti iman semakin baik dan meningkat.



Persis manusia yang menghadiri kursus pemantapan pengurusan organisasi atau kursus pengurusan emosi atau kursus pemantapan imam dan khatib atau lainnya. Lazimnya kursus intensif seperti itu diadakan secara bertempoh bagi meningkatkan keupayaan peserta dalam bidang-bidang tertentu.


Harapan dari pihak penganjur agar para peserta dapat melaksanakan saranan dan latihan kursus ketika berorganisasi atau sewaktu menguruskan konflik emosi atau di kala menjalankan tugas imam dan khatib dengan lebih berkesan.

Persis itu jugalah latihan sebulan yang dijalankan dalam Akademi Ramadhan. Mudah-mudahan latihan seperti solat berjemaah, bersedekah, membaca al-Quran, menahan anggota dari melakukan maksiat, mendidik nafsu melalui puasa perut dan anggota, mengawal selera sewaktu berbuka dan berbelanja bertukar menjadi kebiasaan untuk baki 11 bulan yang mendatang.

Itulah antara objektif (maqasid) di sebalik modul kursus Akademi Ramadhan seperti yang dijelaskan oleh ‘Penganjur Akademi’.

Ke semua bentuk amalan sunat itu dipakejkan agar membentuk nilai TAQWA dalam diri insan.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.

Al-Baqarah : 183



Hamba Ramadhan, hamba nafsu dan hamba Tuhan

Ada manusia yang sudah mula meninggalkan rutin Ramadhan di kala syawal menjelang. Atau barangkali memang tidak pernah terbiasa melaksanakan saranan Allah dan Rasul di musim Ramadhan. Bagi golongan ini, Ramadhan atau tidak, tidak menjelmakan sebarang perbezaan buat mereka. Zahirnya mereka berpuasa seperti orang lain.

رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ

Ramai orang yang berpuasa itu hanya mendapat habuan penat menahan lapar dan dahaga dari puasanya.

H.R Ahmad, al-Hakim dll

Golongan pertama ini digelar ulama sebagai hamba Ramadhan. Manakala golongan kedua pula dikategorikan sebagai hamba nafsu.

Hamba Ramadhan

Hamba Ramadhan hanya rajin di musim Ramadhan. Kesungguhan dan kerajinan hanya wujud selama Ramadhan itu wujud. Menjelangnya syawal bererti menjelangnya kembali perangai lama dan akhlak mazmumah. Berlalunya Ramadhan turut membawa pergi kerajinan solat berjemaah, membaca al-Quran dan seluruh nilai-nilai mulia yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan.


Barangkali itulah punca masjid dan surau menjadi lengang sejurus tamat Ramadhan. Naskhah mushaf kembali berhabuk usang dan manusia semakin jauh dari fitrah hidup berTuhan.

Golongan ini hanya berminat menjadi muslim atau muslimah 'separuh masa'.

Hamba nafsu


Golongan yang bertuhankan nafsu pula tidak pernah peduli dan merasa ghairah dengan kehebatan Ramadhan. Nafsu sangat tidak berkenan dengan pakej ibadah Ramadhan anjuran Tuhan yang dirasakan membebankan dan memenatkan.

إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي

Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.

Yusuf : 53

Membaca al-Quran, solat tarawih, solat berjemaah, bersedekah, berbuka dan berbelanja secara sederhana dianggap menyeksakan dan menyekat kebebasan. Golongan ini tidak sudi membentuk nafsu mereka menurut acuan Nabawi dan Rabbani.

Golongan inilah antara yang didoakan kecelakaan oleh Jibril Alayhis Salam serta diaminkan oleh baginda Rasulullah Alayhis Solatu Wassalam.


بَعُدَ مَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ، فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ، فَقُلْتُ: آمِينَ

Semoga semakin jauh (dari rahmat Allah) mereka yang bertemu bulan Ramadhan, namun ia tidak mendapat pengampunan Allah. Lalu aku (Rasulullah) berkata : Amin!

H.R Tobrani, al-Baihaqi dll

Hamba Tuhan

Mereka ini adalah golongan yang sentiasa bermujahadah melawan godaan syaitan dan nafsu yang menggila. Meskipun kadangkala tewas dengan desakan godaan dunia, mereka bingkas bangkit kembali memperbetulkan azam, memperbaiki keadaan serta memohon ampun daripada Allah azza wa jalla.
Benar, Ramadhan adalah pesta ibadah dan masa memperbaiki diri. Namun menjadi hamba Allah serta memperbaiki diri tidak hanya terhad pada musim Ramadhan.

Ianya merupakan proses sepanjang hayat.
Justeru, harus menjadi muslim ‘sepenuh masa!’



Ramadhan adalah masa untuk mengecas iman, memperbaharui taqwa serta mempertajam akal. Iman dan taqwa yang telah sempurna dicas ini kemudiannya menjadi perisai dan benteng untuk menghadapi cabaran duniawi pada bulan-bulan berikutnya. Kerana itu, takbir dan tahmid menjadi ucapan pertama menjelang hari raya sebagai tanda syukur dan perhargaan kepada Allah atas kurniaan Ramadhan bulan latihan. 

Memang benar, pemergian Ramadhan amat dirasai oleh mereka yang mengerti. Hanya jauhari mengenal manikam.


Ya Allah, Pertemukan kami dengan Ramadhan-ramadhan di masa hadapan. Jadikanlah di kalangan hamba-hambaMu yang soleh, amin!

10 Ogos 2010

Erti 'Syaitan dirantai' di bulan Ramadhan


Isu ‘syaitan diikat atau dirantai’ di bulan Ramadhan adalah di antara perkara yang telah diketahui oleh kebanyakan umat Islam. Asas kepada maklumat ini ialah sabda Rasulullah Alaihis Salatuwassalam :


إِذَا دَخَلَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

Apabila tiba bulan Ramadhan, maka pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan pula dirantai.


(H.R Bukhari, Tirmizi, Nasa`iy, Malik dll)

Namun, apakah erti ‘syaitan dirantai’?

Adakah maksiat dan kejahatan menjadi sifar di bulan Ramadhan?

Jika syaitan dirantai, mengapa ahli-ahli maksiat dan kejahatan masih wujud di bulan yang mulia ini?

Di sini dinukilkan beberapa pandangan dari ulama-ulama hadith berkaitan maksud ‘syaitan dirantai’ di bulan Ramadhan.

Pandangan 1 :

Maksud syaitan diikat ialah hanya ketua syaitan-syaitan yang ditangkap dan dirantai di bulan Ramadhan ini. Dengan kata lain, syaitan-syaitan kecil @ syaitan prebet masih dibiarkan bebas. Sementara syaitan otai berpangkat jeneral terpaksa meringkuk di dalam penjara Allah s.w.t.



Asas pandangan ini ialah sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi, Nasa`iy, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan lain-lain.

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ

Apabila masuk malam pertama bulan Ramadhan, maka syaitan-syaitan dan jin-jin yang degil (kuat) dirantai dan diikat.

Bahkan, versi hadith riwayat Imam Nasa`iy, Ahmad dan lain-lain ada menjelaskan :

وَتُغَلُّ فِيهِ مَرَدَةُ الشَّيَاطِينِ

Dan diikatkan syaitan-syaitan yang kuat dan degil di bulan Ramadhan.

Justeru, hadith ini lebih mendetilkan maksud syaitan yang dirantai secara lebih spesifik. Ianya tidaklah semua. Tetapi hanya syaitan yang punya kreativiti hebat dan berpengalaman luas dalam menyesatkan anak Adam sahaja yang ditahan.

Pandangan 2:

Pandangan ini mentakwilkan ‘ikatan’ atau ‘rantaian’ ke atas syaitan itu secara kinayah atau majaz.

Ia boleh dilihat daripada kata-kata ulama yang dipetik dari kitab Fat-hu al-Bari.

وَتَصْفِيد الشَّيَاطِين عِبَارَة عَنْ تَعْجِيزِهِمْ عَنْ الْإِغْوَاءِ وَتَزْيِين الشَّهَوَات

Merantai syaitan (di bulan Ramadhan) memberi erti melemahkan mereka dari menyesatkan manusia dan dari membantu syahwat (dalam kerja-kerja melalaikan insan).

Kata-kata ini disokong `Iyadh r.a.

وَأَنَّ الشَّيَاطِينَ يَقِلُّ إِغْوَاؤُهُمْ فَيَصِيرُونَ كَالْمُصَفَّدِينَ

Sesungguhnya syaitan kurang mampu menyesatkan insan (di bulan Ramadhan). Maka keadaan ini menjadikan mereka seolah-solah seperti dirantai.

Kesimpulan pandangan kedua ini ialah tiada syaitan yang dirantai di dalam ‘lokap’ Allah. Hanya yang dikunci ialah sebahagian kekuatan dan kemampuan mereka. Mereka menjadi lemah dan ‘kurang cergas’ dalam usaha melemahkan iman insan. Justeru hal ini ‘sepatutnya’ membantu golongan beriman untuk memeriahkan Ramadhan dengan pelbagai ibadah.

Maksiat berkurangan di bulan Ramadhan?

Sekalipun ketua-ketua syaitan telah diikat atau kekuatan mereka telah dilemahkan, namun ia tidak menjamin maksiat menjadi sifar atau mengurangkan statistik maksiat di bulan Ramadhan.


Imam al-Qurtubi menyatakan bahawa maksiat hanya berkurangan kepada mereka yang melaksanakan puasa dengan konsepnya yang sebenar, iaitu puasa yang bukan sekadar tidak makan dan tidak minum, tetapi juga memelihara adab-adab berpuasa pada anggota yang lain.

Maksiat masih berpeluang berleluasa di bulan Ramadhan. Ini kerana tidak semua individu muslim dapat menghayati serta memahami konsep puasa yang sebenar.

Bahkan tidak semua maksiat itu berpunca dari syaitan. Antara lain punca berlakunya maksiat ialah akhlak dan kebiasaan buruk yang sudah sebati dengan jiwa seseorang serta sikap mazmumah yang sudah lama tertanam dalam hati manusia.

(Ruj . Fathu al-Bari, Jil. 6, MS 136)

Selain itu, maksiat juga boleh meningkat akibat kempen dan usaha gigih syaitan-syaitan di kalangan manusia.

Allah mengingatkan kita tentang golongan syaitan bertopengkan manusia ini.

مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

(Syaitan itu) adalah di kalangan jin dan manusia


An-Nas : 6


وَكَذَلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia).

Al-An`am : 112

Justeru, semua manusia yang terlibat dalam memesongkankan orang lain dengan idea-idea sesat, berkempen maksiat dalam media elektronik dan cetak, mengajak rakan-rakan meninggalkan ketaatan dan menggalakkan manusia berkelakuan buruk, semuanya itu dikategorikan dalam golongan syaitan manusia.

Kerosakan iman dan akhlak yang serius

Dari sudut yang lain, ketiadaan ketua-ketua syaitan atau kelemahan mereka di bulan yang mulia ini adalah menjadi kayu pengukur dalam menilai iman dan akhlak insan.

Jika dalam 30 hari yang mulia ini seseorang itu masih terus berdegil dan terlibat dengan perkara-perkara dosa dan haram, serta tiada reformasi qalbi dan islah imani, maka ia jelas menunjukkan tahap kelemahan iman yang serius serta krisis moral yang sangat dahsyat.

Di saat hanya syaitan-syaitan amatur serta kurang mahir dan pengalaman meneruskan kerja-kerja menyesatkan insan, ada yang masih mudah ditipu dan disesatkan.

Insan lemah ini masih ‘kemetot’ (komited) memakan rasuah, mendedah aurat, bercakap lucah, mendekati zina, menipu dalam berkata-kata dan sebagainya.

Umpama seorang dewasa dengan mudah ditipu oleh budak kecil yang baru petah bercakap. Sungguh aneh dan betapa lemahnya orang ini.

“Apalah punya lemah dan dungunya orang ni, dengan budak kecil pun boleh ditipu!”

Dengan kata lain, maksiat yang masih gagal dihentikan dalam bulan Ramadhan melambangkan kedegilan pelakunya serta menunjukkan betapa fitrahnya telah dicemari secara total.

Golongan ini harus cepar sedar biar tidak terlambat.

Jibril mendoakan agar golongan ini dijauhkan dari rahmat Allah. Doa ini telah diaminkan oleh Rasulullah Alaihis Solatuwassalam.

بَعُدَ مَنْ أَدْرَكَ رَمَضَانَ فَلَمْ يُغْفَرْ لَهُ فَقُلْتُ: آمِينَ

Semoga semakin jauh seseorang itu dari rahmat Allah, jika ia bertemu Ramadhan namun ia masih tidak mendapat pengampunan daripada Allah. Maka aku menjawab : "Amin!"


(H.R Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Tabrani dll)

Ianya satu permintaan yang sesuai dengan kedegilan dan kehendak golongan ini.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

20 Julai 2010

أهدى سبيلا هبة من رب السماوات العُلى

الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات. وبرحمته تكتمل الخيرات. لقد وهبنا الله تعالى – أنا وزوجتي – ولدا ثانيا أُنثى في الساعة الواحدة والربع يوم الجمعة الماضية الموافق لـ 16 يوليو 2010.


دخلت زوجتي المستشفى الخاصة الواقعة في باتو كيفس صباح الجمعة بعد ظهور أمارات اقتراب الولادة. واشتد لها المخاضُ قبل دخول وقت صلاة الجمعة، ولدت بِنْتُنا الجديدة، وقد سميناها أهدى سبيلا، عسى الله أن يجعلها وإيَّاناَ دائما ممن هو أهدى سبيلا وأرشد طريقا وأصوب عملا وأحسن دينا. ونسأل الله تعالى أن يباركنا فيما أعطانا وأن يجعلنا من الشاكرين لِنِعَمِه، آمين

إليكم بعض صور بنتنا. لا تنسوا من الدعاء بالخير في ظهر الغيب.














14 Julai 2010

مطعم مؤمن : فرعه الأول في ماليزيا

في الأحد الماضي، ذهبنا إلى شاه عالم قاصدين إلى المهرجان لاحتفال الذكرى السنوية التاسعة من تأسيس مذياع ايكيم الذي عقده معهد الوعي الإسلامي في الإستاد ملاواتي.



كان هذا هو غرضنا الأَوَّلِي

لكنْ بعد ما اقتربنا موقع المهرجان، رأينا – من بُعْدٍ - أناسا مزدحمين وسيارات كثيرات على حواشى الشوارع مما يسبب الزحمةَ وبُطءَ حركةِ الْمُرور حول الإستاد. ولا عجب في ذلك، لأن المهرجان دخل في يومه الأخير، وكان اليومُ يومَ الأحد، والناس ذاهبون إليه أفواجا

قلتُ لزوجتي : أنَنْزِل رغم الازدحام ؟

لم تَرُدَّ سؤالي، بل أضَافَتْ قائلةً : والطقس حار أيضا.


اتخذنا القرار أخيرا عدم النزول إلى المهرجان لسببين المذكورين، لا سيما أن زوجتي حاملٌ وموعد ولادتـها مقترب، وإني لا أحب إِحْرَاجَها وسط الزحمة تحت الأشعة الشمسية.


إلى المطعم المؤمن


اتجهنا مباشرة إلى الحي السابع في شاه عالم. ذلك لأنني قرأتُ في بعض المدونات الالكترونية أن شركة مطعم المؤمن قد فتحتْ فرعَها في ماليزيا منذ أبريل الماضي. وهذا الفرع واقع في الحي السابع بمدينة شاه عالم. ونريد أن نتذوق وجباته الجديدة.






بعد بحث طويل، وجدنا – أخيرا – المطعمَ المطلوب في شارع كريستَلْ. ويبدو أن المطعم واقع في ضاحية الحي وبعيد قليلا عن مشاهدة الناس . وكثيرا من أهل الحي الذين صادفتُهم في الطريق، لم يعرفوا وُجُودَه في حَيِّهِمْ. والسبَبُ ذلك – ربما – يرجع إلى وقوعه في الضاحية إضافة إلى أنه جديد في الوجود.



المبنى تقع في شارع كريستل، بالحي السابع




عن المؤمن بإيجاز

تعرفتُ على هذا المطعم أثناء دراستي الجامعية في القاهرة. والمؤمن مأخوذ من اسم مؤسسه محمد المؤمن، رجل مصري الجنسية الذي فتح محله في عام 1988. وهذا المطعم يقدِّم المأكولات السريعة مثل برغر، وشيش طاووق وسندويشات وكباب وغيرها من مختلف المذاق والشكل. ويتمتع المؤمن بنظافة المحل وجمال ديكوراته الداخلية. شأنه كشأن المطاعم الشهيرة أمثال مكدونلد، وكيه – ايف – سي، وبيتزا هت وغيرها.








ويقع مقره الرئيسي في جمهورية مصر العربية. ويبلغ عدد فروعه في داخلِ مصر حاليا 38 فرع. وبدأ المؤمن يفتح مواقِعَه – مؤخَّرا – في خارج مصر في خمس دُوَل كبحرين، وليبيا، والسودان، والإمارات وبلدنا الحبيبة ماليزيا.



أنواع أَكَلاَتِ المؤمن





والمؤمن يوفِّر للزبائن المطعومات على مختلف المذاق من نكهة الدجاج ولحم البقر والمأكولات البحرية إضافةً إلى الوجبات الجانِبِيَّة الْمُتنوعة كالمعكرونة والسلطة والأرز والشرائح. وسعرها أرخص بقليل – نِسْبِيًّا – من المكدونلد، حسب كميات الطلبات. وعندي، أن المؤمن يعتبر بديلاً عن مكدونلد وإن كان مكدونلد – ربما – ألذ بقليل من المؤمن.










اقتراحات وأمل

ينبغي لنا تأييدٌ ودعم أيِّ إنتاج مسلم أيًّا كانوا حِرْصًا على الارتقاء بمستوى اقتصاد الأمة وتقليل الاعتماد على مساعدة الأجانب مما يَجُرُّ الأمة دائما إلى شدة التعلق بالغير وزيادة الضعف في مجال الاقتصاد. هذه خطوة صغيرة لتحقيق نتيجة عظيمة بإذن الله.


وعلى كل حال، عليكم أن تُجَرِّبُوا وتتذوَّقُوا مأكولات المؤمن، طعمه طيب، ومذاقه لذيذ، وشكله رائع وشهِيّ. سوف لن تندموا بعد تناوله إن شاء الله.

03 Jun 2010

Zionis : KITA dan Usaha


Seluruh dunia telah tahu berita serangan tentera Yahudi Zionis (Laknat Allah atas mereka) ke atas konvoi Misi Talian Hayat Untuk Gaza (Life Line 4 Gaza) di perairan antarabangsa.

Yahudi, dari zaman nabi-nabi sebelum nabi Muhammad hingga sekarang memang begitu.

Tidak mengenang budi, mengkhianat, menipu, ganas, tidak tahu malu, dengki, degil, loyar buruk, memalsu dan mereka-reka fakta adalah antara sifat-sifat bangsa Yahudi yang telah disebut Allah dalam wahyuNya.

Surah-surah dalam al-Quran, antaranya al-Baqarah, Ali Imran dan al-Isra` sarat dengan cerita-cerita Yahudi yang pelik lagi menjengkelkan.

Antaranya babak ini.

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ الطُّورَ خُذُوا مَا آتَيْنَاكُمْ بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُوا مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari kamu dan Kami angkatkan gunung (Tursina) di atasmu (seraya Kami berfirman): "Peganglah dengan teguh segala ajaran yang Kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu apa yang ada didalamnya, agar kamu bertakwa".

Al-Baqarah : 63

Oleh kerana kedegilan melampau, bangsa Yahudi pernah digertak oleh Allah dengan diangkat gunung Tursina di atas mereka, agar mereka menerima kitab Taurat sebagai panduan dan cara hidup.

Kedegilan yang luar biasa.

Allah bukanlah saja-saja mahu memburukkan bangsa Yahudi. Tetapi mahu insan hari ini mengambil langkah berhati-hati agar tidak tertipu dengan apa jua gerak langkah mereka.

Namun, majoriti umat Islam tidak peka hilang rasa peduli.

Situasi ini menjadikan insan semartabat dengan haiwan dan binatang ternak.

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN. (http://saifulislam.com/?p=4447#more-4447)

Dek kerana bahayanya keburukan dan kepelikan bangsa Yahudi terhadap tamadun insan, Allah telah memberikan sarananNya.

قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenar". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka (Yahudi dan Nasrani) setelah datang pengetahuan kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagi kamu.

Al-Baqarah : 120


“Sila lihat track record mereka dahulu sebelum menerima apa sahaja dari mereka!” Seolah-olah itulah Mesej Ilahi terhadap insan.

Barangkali Hitler adalah benar. Kehodohan Yahudi yang menjengkelkan ini telah lama disedari oleh beliau lalu melancarkan anti semitic atau anti Yahudi melalui ucapan-ucapannya, sekaligus menghidupkan gerakan benci Yahudi di Jerman pada suatu masa dahulu.

Ciri pelik dan menjengkelkan ini diteruskan lagi Yahudi versi Zionis hingga sekarang.

Tidaklah semua Yahudi begitu. Ada yang baik dan benar-benar menjadi Insan. Tetapi yang ramai dan majoritinya ialah yang martabatnya jauh lebih hina dari binatang dan haiwan ternak.

Akibat mengutamakan perut dan kepentingan diri.

أُولَئِكَ كَاْلأَنْعَام، بل هم أضل

Mereka (yang tidak menggunakan akal, penglihatan dan pendengaran untuk mencari petunjuk) adalah umpama binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi.


Al-A`raf : 179
Tindakan Kita

Kita akui, umat Islam kehilangan taring pada hari ini. Sekalipun bilangan muslim ramai, namun ianya bak buih di lautan.

Rasul telah menyebutkan :

بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ

Bahkan kamu di akhir zaman adalah ramai. Tetapi ramainya kamu pada waktu umpama buih di lautan.

H.R Abu Daud, Ahmad dll.

Resmi buih. Ada yang berhimpun di pergigian air, ada yang terdampar di atas pantai. Ada yang berada di celahan batu. Ada yang terumbang-ambing di dalam ombak.

Masih ada peluang ‘melawan’ musuh

Pun begitu, kita masih berpeluang me‘lawan’ golongan zionis melalui ‘senjata-senjata’ tertentu. Jika senjata ini pun masih tidak diendahkan oleh umat Islam, ia bererti tahap kepedulian kita sudah berada pada tahap parah. Ia juga menunjukkan sisi haiwan ternak yang menebal dalam diri.

Barangkali kita boleh buktikan kepedulian kita dengan cara-cara berikut :

- Boikot barangan yang membantu ekonomi Yahudi-Zionis sedaya upaya.



Isu boikot ini memang ada pro dan kontranya jika dilihat secara holistik.

Namun, dalam situasi sekarang, boikot produk syarikat yang menyalurkan bantuan kepada agenda zionis adalah jalan terbaik. Cara ini mampu dilakukan oleh umat Islam yang kebanyakannya menjadi PENGGUNA jika tidak dapat membantu umat Islam Palestin dengan tentera dan senjata.

Hasil keuntungan syarikat-syarikat berkenaan antara lain digunakan untuk pembangunan senjata dan pertahanan Zionis-Israel.

Pendek kata, jet pejuang, helikopter Apache, kereta kebal, peluru berpandu, bom dan segala senjata yang telah meledakkan rumah, sekolah dan masjid, meragut nyawa wanita, kanak-kanak dan warga emas umat Islam Palestin adalah terhasil – sebahagiannya – dari duit umat Islam yang membeli produk mereka.



Umat Islam Palestin musnah kerana bom kiriman saudara mereka seagama.

- Berdoa

Ia boleh dilakukan ketika sujud, selepas solat dan pada bila-bila masa.

Berkenaan dengan berdoa ketika sujud ini, Nabi pernah bersabda :

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ

Sehampir-hampir keadaan seorang hamba dengan Tuhannya ialah di waktu ia sujud. Maka, perbanyakkanlah doa (ketika sujud).

H.R Muslim

Begitu juga dengan kelebihan berdoa setelah solat fardu.

أَيُّ الدُّعَاءِ أَسْمَعُ قَالَ جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ

Ya Rasulullah, Apakah waktu doa yang paling di dengari Allah (waktu mustajab doa)? Jawab baginda : “Di pertengahan malam dan selepas solat-solat fardu.”

H.R Tirmizi dan Nasa`iy dalam Sunan al-Kurba


Setelah menunaikan solat dan zikir, kita boleh membaca mana-mana doa termasuk teks qunut nazilah yang akan disertakan di bawah ini.

- Qunut Nazilah

Umat Islam dituntut untuk melakukannya jika ada saudara mereka yang ditimpa bencana.

Al-Imam an-Nawawi menyebutkan :

الصحيح المشهور الذى قطع به الجمهور ان نزلت بالمسملين نازلة كخوف أو قحط أو وباء

أو جراد أو نحو ذلك قنتوا في جميعها

Pandangan yang sahih dan masyhur yang telah diputuskan oleh majoriti ulama ialah jika sesuatu bencana menimpa mana-mana umat Islam seperti dilanda ketakutan, kemarau, wabak penyakit berjangkit, diserang belalang atau seumpamanya, maka umat Islam yang lain seharusnya membaca qunut nazilah dalam setiap solat fardu.


(al-Majmuk : Jil. 3, Hlm. 494)

Bagi menyebar luaskan lagi faedah, saya memetik nas qunut tersebut daripada kitab al-Azkar dan laman web www.zaharuddin.net.

Kita boleh memilih sama ada ingin membaca ke semua versi doa qunut atau memilih sebahagiannya.

اللهم إِنَّا نَسْتَعِيْنُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَلاَ نَكْفُرُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَخْلَعُ مَنْ يَفْجُرُكَ، اَللَّهُمَّ إِيَّاكَ نَعْبُدُ

وَلَكَ نُصَلِّيْ وَنَسْجُدُ، وَإِلَيْكَ نَسْعَى وَنَحْفِدُ، نَرْجُوْ رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَكَ، إِنَّ عَذَابَكَ الجِدّ

بِالْكُفَّارِ مُلْحِقٌ

Ya Allah, Sesungguhnya kami memohon bantuanMu, memohon ampunanMu serta kami tidak mengkufuriMu. Kami juga beriman denganMu dan kami meninggalkan golongan yang mengingkari ketuhananMu.

Ya Allah, kepada engkau sahajalah kami memperhambakan diri. Kerana Engkau sahajalah kami solat dan sujud. Kepada Engkau sahajalah kami bersegera datang. Kami mengharapkan rahmatMu dan takutkan seksaanMu. Kerana azabMu yang benar akan menimpa golongan kuffar.


اَللَّهُمَّ عَذِّبِ الْكَفَرَةَ أَهْلَ الْكِتَاب الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ

Ya Allah, turunkan seksaan terhadap golongan kuffar ahli kitab yang sentiasa menghalang jalanMu, yang mendustakan rasul-rasulMu dan memerangi penolong-penolong agamaMu.

Di samping itu, digalakkan menyelitkan permohonan penyatuan umat Islam.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتَ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ، وَاَلِّفْ بَيْنَ

قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَالْحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلىَ مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ .

Ya Allah, ampunilah mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat. Perbaikilah diri mereka, satukanlah hati-hati mereka. Penuhilah hati mereka dengan iman dan hikmah. Kukuhkanlah mereka atas ajaran Rasulullah s.a.w.

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ ، اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ

جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يَا قَهَّارُ يا الله يَا

جَبَّارُ يا الله ، يَا مُنْتَقِمُ يا الله.

Ya Allah, sesungguhnya kami menjadikan (seksa) engkau di leher musuh kami dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka. Ya Allah, hancurkan kesatuan mereka, porak perandakan kumpulan mereka, pecah-belahkan pakatan mereka, gegarkanlah pendirian mereka dan kuasailah mereka dengan anjing-anjingMu wahai Tuhan yang mengatasi makhlukNya, Tuhan yang menguasai makhlukNya, Tuhan yang menjatuhkan hukuman (kepada pesalah).


اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الطُّغَاةَ الْمُسْتَكْبِرِيْنَ

عَلىَ الْمُسْلِمِيْنَ ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ ، وَأَنْزِلْ بِهِمْ بَأْسَكَ الَّذِي لا تَرُدُّهُ عَنِ الْقَوْمِ الْمُجْرِمِينَ

Ya Allah Tuhan yang menurunkan kitab, Tuhan yang menggerakkan awan dan Tuhan yang menghancurkan tentera Ahzab. Hancurkanlah Yahudi yang melampau dan bongkak ke atas umat Islam, dan menangkanlah kami ke atas mereka. Ya Allah, turunkanlah kepada mereka azak siksaMu yang tidak engkau elakkan dari kaum yang melakukan jenayah.

Semoga bermanfaat.