07 Januari 2017

Cara-cara Pam Tayar Kereta

Nak pam tayar kereta, ada caranya.

Kalau salah pam, nanti jadi macam kat kereta isteri aku. Terlebih pam sampai menggelembung tayar kereta. Last-last kena tukar tayar baru.

Mula2 cek kat sekitar pintu driver.  Kat situ ada sticker kecik yang paparkan info ringkas tentang kadar angin tayar depan dan belakang, serta kadar angin ketika kereta kosong dan penuh dengan penumpang. Sticker tu selalunya berwarna putih.

Perhatikan perkataan nombor di sebelah kPa atau disebalah PSI. Walaupun aku tak faham apa makna 2 benda alah tu, tapi aku perasan no kPa selalunya lebih besar dari nombor PSI. So, ingat no kPa tu, iaitu angka 210.


(Klik untuk imej lebih jelas)

Lepas tu pergi tengok di meter pam. Setengah kedai petrol guna pam digital. Yang ini guna 'jarum'.

Kalau guna jarum, bawakan jarum tu ke arah angka 210. Dan cuba perhatikan 1 lagi nombor tepi 210 tu, bukankah ia bernombor 30? Jadi, aku simpulkan nilai pada kPa adalah sama dalam bentuk PSI, cuma angkanya berbezanya. Alah, macam nilai USD1 sama dengan RM4.50 lah.. (Kerajaan BN memang tak pandai urus ekonomi Negara sekarang ini. So, nanti jangan undi depa)

Cara nak bawa jarum tu, boleh guna tombol pemulas. Boleh guna butang bersimbol + atau - .



Lepas tu, letakkan alat pam di punat tayar. Masa tekan nanti, akan ada bunyi angin. Teruskan pam sampai bunyi bip-bip. Itu tanda tayar sudah terima angin berdasarkan kadar kPa 210 yang juga bersamaan dengan PSI 30.

Kalau pam digital pun senang. Hanya perlukan setkan angka kPa atau PSI dekat butang berlambang + atau - saja.

Cuma nombor 210 atau 30 tu mungkin berbeza dengan kereta korang, disebabkan saiz tayar. Apa pun, rujuklah kat sticker putih tu sebelum mengepam. Cek no saiz tayar yang tulisan begini : 175/65R14 (Rujuk sticker di atas). Lain jenis tayar, maka lain sikit bentuk angka atau abjad berkenaan.

Selamat mencuba...

05 Januari 2017

Untungnya Hidup Berdiplomasi

Banyak unsur subjektif dalam hidup ni.

Ada perkara yang mudah bagi kita,  tapi susah untuk orang lain. Ada perkara yang susah untuk kita, tapi mudah untuk orang lain. Ada benda yang kita tahu dan orang lain tak tahu, ada juga sebaliknya.

Di sinilah nampak pentingnya hidup saling berkongsi, saling membantu dan bekerjasama. Tak perlu sombong atau berasa diri sempurna.

Yang paling penting ada kemahuan untuk belajar benda baru dan tiada rasa 'perasan bagus'. Ketika itu minda kita menjadi terbuka dan bersedia 'mendengar' kelainan dan variasi idea yang pelbagai -  sekalipun kita mungkin tidak menerimanya di hujung perbincangan.

Itu pun dah cukup bagus dah berbanding awal-awal rasa diri bagus.

Bila minda terbuka, hidup lebih tenang. Kita akan 'menikmati'  perbezaan pandangan dengan harmoni.

Kalau kita sedia mendengar kelainan, orang lain insya Allah akan ada sikap yang sama dengan kita. Mahu mendengar kelainan dari kita sebelum mereka buat keputusan untuk bersetuju atau menolak, atau bersetuju dengan separuh dan menolak separuh yang berbaki dari idea kita. Orang kata 'adaptasi'. Itu pun kira ok apa...

Kesediaan orang lain mendengar pandangan kita adalah PELUANG untuk kita sampai idea-idea baik dengan hujjah yang bernas. Ia menguntungkan DAKWAH,  dialog ilmu dan politik idea. Malah ia juga bermanfaat untuk rumahtangga, organisasi,, syarikat dan juga persahabatan.

Itulah untungnya berdiplomasi dengan orang lain. Orang putih kata 'what you give,  you gat back...  Au Kama Qal..