19 September 2011

Bila Tayar Kenderaan Kita 'dilahirkan'?


Entri ini biasa-biasa saja.

Sebab ia bukanlah benda baru. Ramai orang yang dah tahu. Dalam blog-blog pun dah banyak orang tulis.

Pun begitu, saya tetap nak kongsi. Mana tau kot ada orang yang masih belum tahu.

Sekurang-kurangnya mereka yang tak tau dapat info baru, saya pula dapat pahala…. (^__^)  insya Allah…

Ianya berkenaan dengan benda yang kita selalu pakai, terutamanya kepada mereka yang sudah berkereta dan bermotorsikal.

Jika sudah tiba masanya anda perlu menukar tayar, maka berhati-hatilah ketika membeli yang baru.

Jika tidak, peniaga tayar akan menjual kepada anda tayar yang lama.

Ia bukanlah tayar second hand atau tayar yang dilorek semula.

Ia tayar baru jugak. Cuma tayar ‘baru’ tu dah lama dalam stok. Tak terjual. Maka, mungkin tayar ‘baru yang dah lama’ tu jadi rezeki anda jika anda tak perhatikan ‘tarikh lahirnya’


*             *             *             *             *

Baru-baru ni, saya ada membeli tayar kereta di sebuah kedai tayar di Semenyih.

Setelah setuju dengan jenama dan harganya, si peniaga pun pergi mengambil tayar di gudang.

Setelah 2 biji tayar dikeluarkan, saya pun membelek-belek tayar tersebut untuk mencari tarikh ia dikilangkan.

“Tokei, you bagilah tayar 2011. Ini tayar 2010, tahun lepas punya…!”  Pinta saya.

“Oh! Ya ka? Ok-ok, kita ambil yang lain punya!” Jawab si tokei tersenyum malu.

Tidak lama kemudian, tayar Continental keluaran 2011 pun dibawa. Saya sempat memeriksa tarikhnya lagi sekali untuk kepastian.

Moral

Bagi saya si tokei tidaklah salah. Sebab dia masih lagi menjual tayar yang baru. Dia bukannya menipu. Bunga tayarnya masih lagi ori.

Cuma sebagai pengguna, kalau boleh kita naklah yang terbaru. Sebab tayar kereta ni – berdasarkan piawaian antarabangsa – boleh digunakan  selama 2 tahun selepas tarikh dikilangkan. Tapi ada juga saya terbaca dalam blog-blog lain mengatakan  boleh guna maksimum sehingga 5 tahun dari tarikh dikilangkan. Ada pandangan lain kata sehingga 3 tahun dari date of produce....

Jadi, ada macam-macam 'mazhab'!

Ertinya, kalau ikut piawaian antarabangsa,  kita hanya ada baki setahun sahaja jika ‘tarikh lahir’ tayar tu 2010. 

Kalau ikut 'mazhab 5 tahun', kita ada lagi 4 tahun tempoh guna... Begitulah seterusnya…

Macam mana nak kenal tarikh pengilangan tayar?

Cuba cari dan cek pada tayar. Nanti kita akan jumpa sekumpulan tulisan yang terdiri dari 4 angka sahaja seperti  1611.

1611 tu ertinya :
16 : minggu yang ke-16
11 : tahun 2011


 Ni tayar belakang. Nampak tak angka 1611 ?


Yang ni tayar depan. 1610!

 
Ni pulak tayar motor gue. Lahir minggu pertama dari tahun ini.


 Lahir pada minggu 45, tahun 2010!

Ni tayar kereta orang. Tertulis di situ 2607. (Lahir pada minggu 26, tahun 2007). Tuan punya kereta mungkin ikut 'mazhab' 5 tahun!


Untuk tips tambahan tentang tayar, sila rujuk di sini


P/S:

Motivasi tulis entri ni ialah sabda Rasulullah s.a.w :

أَحَبُّ النَّاسِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Manusia yang paling disukai oleh Allah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain.

(H.R At-Tabrani - al-Mu`jam al-Kabir)

21 ulasan:

  1. Tayar saya tertulis 5116.. macam mana ya?😢

    BalasPadam
  2. Ade tips nak tau harga tayar x?
    😁😁😁

    BalasPadam
  3. Terima kasih ya bagi pengetahuan tentang benda2 mcm ni. Kalau x aku pun x pernah memberi perhatian tentang tu, setiap kali panggil mrk kat workshop utk tukar tayar yg baru saja tapi x tau sama ade tayar tu betul2 baru atau x.

    BalasPadam
  4. Kereta Myvi ku yg guna stock tayar tu sejak dibeli kini sudah agak lama, fikir mau tukar tayar yg baru. Ade x jenama2 tayar yg boleh diperkenalkan utk ku? X mau yg terlebih2 mahal tu, asalkan tayar yg asli sudah cukup lah.

    BalasPadam
  5. @Farah Kalau utk kereta Myvi bolehlah cuba tayar Dunlop tu, aku juga sama memandu Myvi dan selepas pakai tayar Dunlop lima tahun sudah, keadaannya juga masih bagus dan x pernah sesekali kena pancit oleh benda2 tajam walaupun setiap hari terpaksa melalui jalan yg berlubang2 tu.

    BalasPadam
  6. tapi ada jugak kat blog i baca tayar tak blh beli yg baru sgt dikeluarkan. mana yg betul ni.
    @Farah, aku pakai tayar conti hg dia tak mahal sgt.

    BalasPadam
  7. @sharif abdul, i rasa harga conti lebih murah drp dunlop kut, dua2 jenama pun i pernah pakai. tapi lebih suka pakai conti.

    BalasPadam
  8. @selene, apa model yg u pakai tu? i tengok model yg terkini mc6 tu mcm best je. dia org kata dia lebih baik drp cc6 dan uc6. tapi slm ini i pakai cc6 pun ok la.hg pun lebih murah drp jenama lain.

    BalasPadam
  9. @selene Kenapa mau pakai tayar Continential tu? Walaupun murah tetapi kualiti tayarnya x lah begitu bagus berbanding dgn jenama2 yg lain mcm Goodyear tu. Tayar Continential kalau kena paku atau benda yg tajam sudah tentu terus pancit, x tahan lasak.

    BalasPadam
  10. @fauzi CC6 tu dlm kalangan tayar Continential kualitinya paling buruk, jgn sesekali tertipu dgn iklan2 tu dan terbeli tayar yg x tahan lama. Mmg dari iklan tengok tayar ni bagus tapi sebenarnya handling dia tu x bagus terutamanya dlm cuaca hujan, senang utk terbabas kalau x berhati2 kerana gripnya lemah.

    BalasPadam
  11. @salim, tapi kereta i pakai conti uc6 dah lama pun tak ada masalah sgt, teruatamanya dia bagus masa nak brak kat jalan basah hari hujan. i pernah pakai jenama lain, tapi hampir tercicir masa nak brak kat jln basah.

    BalasPadam
  12. @salim, kalau kena paku tu, pakai tayar apa2 jenama pun akan kena pancit, adakah tayar yg keras sgt sampai blh tahan kena paku? dengar dia org kata model baru mc6 tu lagi baik sbb ada spec utk cc6 dan uc6 sekali.

    BalasPadam
  13. @selene Kenapa kata x blh beli tayar yg baru keluar ni? Ade apa pantang ke?

    BalasPadam
  14. @syed Tetapi tayar yg terlebih keras tu x baik juga kan? Kerana tayar kereta tu mcm pun juga perlu sedikit lembut, supaya tidak mudah terbabas kalau hilang kawalan.

    BalasPadam
  15. @Farah Nursaidi Kalau utk kereta Myvi ku rasa x perlu beli tayar yg berjenama tu lah, tayar ekonomi tu sudah cukup. Biasanya boleh guna utk masa yg agak lama juga tanpa sebarang masalah.

    BalasPadam
  16. @syed AKu dengar org cakap yg UC6 tu mmg agak bagus kualitinya dan dapat memandu dalam keadaan cuaca buruk tanpa sebarang masalah. Berbanding dgn jenama lain mmg Continential tu lebih popular lah dlm kalangan org skrg, kerana harganya yg murah.

    BalasPadam
  17. Klu pki myvi tu pki la tyr yg sederhana murah.. ikut kualiti keta la.. klu pki mhl2 membazir

    BalasPadam

Pemuda Ashab Al-Kahfi: Muslim atau Nasrani?

Ibnu Kathir  dalam  Al-Bidayah Wa An-Nihayah  (2/114) menukilkan pandangan sebahagian ahli tafsir bahawa tujuh pemuda tersebut wujud selepas...