11 Jun 2017

Sedikit Info Tentang Niat Puasa

Fungsi Niat

Dalam ibadah, niat adalah perkara yang wajib ada. 

Ada 2 fungsi utama niat, sekurang-kurangnya.

1) Untuk spesifikkan jenis ibadah.

2) Untuk pastikan ibadah dibuat kerana Allah. Ini boleh bantu agar kita ikhlas keranaNya supaya peluang dapat pahala semakin terbuka.


Tempat Niat 

Niat timbul di hati. Maka tempat asalnya adalah di hati. Adapun sebutan dimulut dengan lafaz 'Nawaitu Sawma Ghadin....' atau 'Usalli Fardhal Asri....", maka itu bukannya niat. Siapa yang sebut lafaz seumpama tadi tanpa niat di hati, ia dikira tidak berniat, maka ibadah berkenaan tidak dikira wujud (tak sah). Justeru, hati-hati...

Sebutan lafaz tadi berfungsi sebagai pembantu atau pengingat hati saja. Jika tak lafaz, tapi ada lintasan niat di hati, sudah memadai.


Niat Puasa di Bulan Ramadhan

Ada 2 jenis niat.

1) Niat setiap hari.
2) Niat untuk sebulan sekaligus.

Secara amnya, puasa adalah ibadah berasingan mengikut hari, maka logiknya, niatnya pun perlu berasingan. Berapa hari puasa dibuat, banyak itu juga niat yang berlaku. Baik puasa wajib mahupun puasa sunat. Niat memang dimestikan. Ini pandangan majoriti ulama.

Namun, Ulama mazhab Maliki mengharuskan niat untuk sebulan sekaligus. Ertinya, masa 1st Ramadhan kita niat nak puasa Ramadhan sebulan untuk tahun ini, maka cari ini adalah sah menurut ijtihad mereka. Cuma mereka kata, kalau tiba-tiba puasa terputus dengan sebab sakit, haid, musafir atau apa-apa keuzuran, maka kena niat semula bila nak mula balik. Masa niat kali ke-2 tu, boleh niat sekaligus mewakili hari-hari berbaki.

Hujjah mereka ialah mereka kata puasa Ramadhan adalah ibadah satu set dalam tempoh sebulan. Jadi, sekali niat dah memadai. Namun mereka tak halang sesiapa nak niat ikut hari.

Bila start niat?


Niat puasa boleh dibuat dibuat seawal selepas berbuka puasa. Tak semestinya kena tunggu lepas tarawih, kerana yang penting, niat mesti dibuat di waktu malam, dan maghrib adalah sebahagian dari malam. Ini untuk puasa Ramadhan.

Untuk puasa sunat agak fleksibel. Boleh niat malam dan boleh juga niat lepas subuh atau lepas matahari terbit sampai sebelum zohor. Ertinya kalau niat lepas zohor, tak dikira niat puasa. Keharusan niat macam ni bersyarat iaitu selagi tak jamah makanan.

Alasannya sebab Nabi pernah buat macam tu. Lepas matahari terbit, Nabi tanya isterinya ada makanan apa hari ini. Kalau isterinya jawab tak ada, Nabi akan berpuasa sunat hari tu.




(Semua huraian di atas, diceduk dari Fiqh Islami Wa Adillatuh, tulisan Dr Wahbah Az-Zuhaili)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemuda Ashab Al-Kahfi: Muslim atau Nasrani?

Ibnu Kathir  dalam  Al-Bidayah Wa An-Nihayah  (2/114) menukilkan pandangan sebahagian ahli tafsir bahawa tujuh pemuda tersebut wujud selepas...