Banyak unsur subjektif dalam hidup ni.
Ada perkara yang mudah bagi kita, tapi susah untuk orang lain. Ada perkara yang susah untuk kita, tapi mudah untuk orang lain. Ada benda yang kita tahu dan orang lain tak tahu, ada juga sebaliknya.
Di sinilah nampak pentingnya hidup saling berkongsi, saling membantu dan bekerjasama. Tak perlu sombong atau berasa diri sempurna.
Yang paling penting ada kemahuan untuk belajar benda baru dan tiada rasa 'perasan bagus'. Ketika itu minda kita menjadi terbuka dan bersedia 'mendengar' kelainan dan variasi idea yang pelbagai - sekalipun kita mungkin tidak menerimanya di hujung perbincangan.
Itu pun dah cukup bagus dah berbanding awal-awal rasa diri bagus.
Bila minda terbuka, hidup lebih tenang. Kita akan 'menikmati' perbezaan pandangan dengan harmoni.
Kalau kita sedia mendengar kelainan, orang lain insya Allah akan ada sikap yang sama dengan kita. Mahu mendengar kelainan dari kita sebelum mereka buat keputusan untuk bersetuju atau menolak, atau bersetuju dengan separuh dan menolak separuh yang berbaki dari idea kita. Orang kata 'adaptasi'. Itu pun kira ok apa...
Kesediaan orang lain mendengar pandangan kita adalah PELUANG untuk kita sampai idea-idea baik dengan hujjah yang bernas. Ia menguntungkan DAKWAH, dialog ilmu dan politik idea. Malah ia juga bermanfaat untuk rumahtangga, organisasi,, syarikat dan juga persahabatan.
Itulah untungnya berdiplomasi dengan orang lain. Orang putih kata 'what you give, you gat back... Au Kama Qal..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Benarkah wujud makhluk yang menjadi 'khadam' Al-Quran?
Dulu ada kawan cakap. "Engkau baca ayat-ayat sekian, nanti akan ada makhluk datang nak berdamping..." Aku tanya. "Makhluk apa...

-
Ini catatan teks pidato bahasa Arab ringkas yang tersimpan dalam hard disk. Daripada ia tersimpan macam tu saja, lebih baik dipublish untu...
-
Ok, pada kali ni, aku nak share lirik atau skrip Kalam Jama`iy / Coral Speaking bahasa Arab pula. Siap terjemahannya sekali. Aku pernah rek...
-
Erti dan Hukum I`tikaf I`tikaf adalah suatu ibadah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Asalkan kita masuk masjid, kita disunatkan ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan