Lelaki tu : "Ustaz, saya lihat ramai orang sekarang ni bila solat tarawih mereka pegang al-Quran. Tak de masalah ke ustaz?"
Aku : "Tak de masalah. Solat masih lagi sah. Menyelak helaian mushaf pada waktu tu tidak membatalkan solat, kerana pergerakannya tidak banyak. Selain itu ia boleh membantu untuk tumpu kepada bacaan," Jawabku ringkas. (ringkas ke tu?)
Lelaki tu : "Owh, Ok ustaz, terima kasih banyak."
Memang begitu. Memegang @ melihat mushaf al-Quran ketika solat tidak mengganggu kesahihan solat. Sesiapa yang perlu, dibenarkan buat.
Bukan sekadar solat tarawih, solat-solat yang lain pun dibenarkan juga.
Ada la sedikit khilaf (percanggahan) di kalangan ulama. Tapi ia berkisar di sekitar harus atau makruh, elok dibuat dalam solat fardu ke atau solat sunat, harus untuk hafiz Quran ke atau bukan hafiz. So, secara kesimpulannya, boleh aje.
Mushaf tadi boleh diletakkan di atas rehal atau dipegang dengan tangan. Cuma kalau nak rujuk atau sujud, sediakan kerusi atau meja di sebelah. Kalau tak, masuk poket atas.
(Ni gambar cadangan. Kalau boleh, tak guna mushaf lagi bagus. Kalau nak juga, letakkan rehal di hadapan) Credit to : warkahsiber.blogspot.com
Ia bukanlah benda asing. Sebab para Tabi`in juga pernah dilihat melakukannya. Dari situ Imam an-Nawawi memutuskan :
لَوْ قَرَأَ القرآنَ مِنَ المُصْحَفِ لَم تَبْطُلْ صَلاتُه سَواءٌ كان يَحفَظُه أمْ لاَ ، بَلْ يَجِبُ عليهِ ذَلك إِذَا لَمْ يحفظِ الْفَاتحةَ
Jika seseorang itu membaca Quran dengan melihat mushaf ketika solatnya, maka solatnya tidak batal, sama ada ia memang hafaz surah tersebut atau tidak. Bahkan terkadang wajib atas seseorang itu melihat mushaf jika ia belum menghafal surah al-Fatihah.
ic.. syukran ya ustaz...
BalasPadamboleh la cuba amalkan lepas ni..
Afwan. Selamat beramal :)
BalasPadamsalam. bgmana nk berhubung terus dgn ustaz
BalasPadam