اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
وَرَحْمَةُ وَبَرَكَاتُهْ
اَلْحَمْدُ ِللهِ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ رَسُوْلِ اللهِ، وَبَعْدُ.
Hadirin dan hadirat yang berbahagia,
Al-Quran
ialah sebuah kitab petunjuk yang telah
diturunkan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia adalah pedoman hidup
untuk manusia.
Allah
berfirman di dalam Al-Quran :
أعوذ بالله من
الشيطان الرجيم
إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ، وَيُبَشِّرُ
الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَات،ِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا
كَبِيرًا
Yang
bermaksud :
Sesungguhnya Al-Quran adalah kitab yang memberi pedoman ke jalan yang
lurus, serta memberi khabar gembira kepada orang-orang beriman yang melakukan
amal kebaikan, bahawa mereka akan mendapat ganjaran yang besar.
Surah Al-Isra`, ayat 9.
Di dalam Al-Quran, terdapat pelbagai ilmu
dan pengetahuan yang dapat membimbing kehidupan manusia ke jalan yang benar.
Al-Quran juga dapat menjelaskan kepada manusia perbezaan di antara perkara yang
haq dan yang batil. Justeru, Al-Quran wajib dipelajari oleh setiap muslim agar
kefahaman yang benar dapat memandu pemikiran dan tingkah laku mereka.
Nabi Muhammad s.a.w telah
menjelaskan, orang yang mempelajari ilmu-ilmu Al-Quran adalah orang yang mulia
dan terbaik di sisi Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w :
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Orang yang
terbaik di kalangan kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran serta
mengajarkannya pula kepada orang lain.
Hadith Riwayat Al-Bukhari
Saudara dan saudari yang dimuliakan,
Mempelajari Al-Quran tidak terhenti
setakat mahir membaca, melagukan atau menghafalnya semata. Tetapi apa yang
lebih penting ialah mesej dan pengajaran Tuhan di dalam Al-Quran perlu difahami melalui tadabbur lalu diamalkan dalam kehidupan.
Ilmu-ilmu berkaitan Al-Quran adalah luas
bak lautan dalam yang tidak bertepi. Justeru, usaha memahami Al-Quran adalah
sebuah proses seumur hidup dan perlu diteruskan selagi hayat di kandung badan. Ia perlu
dilakukan oleh setiap muslim dari masa ke semasa dengan ikhlas, tabah dan istiqamah.
Akhir kata, marilah sama-sama kita
merenung sebuah hadith Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim yang
bermaksud :
“Sesungguhnya
Allah s.w.t mengangkat darjat dan memajukan sesuatu kaum kerana mereka memahami
dan mengamalkan ilmu Al-Quran dan merendahkan kedudukan kaum yang lain kerana
mereka mengabaikan ilmu Al-Quran.”
Semoga Allah memberikan kesedaran dan
kekuatan kepada kita untuk meneruskan langkah-langkah menaiktarafkan kefahaman
Al-Quran di dalam diri kita semua.
وَبِاللهِ التَّوْفِيقْ
وَالْهِدَايَةْ، وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ وَبَرَكَاتُهْ