Asal Usul Israiliyyat (cara sebut ialah isra-i-liyyat)

Oleh kerana maklumat-maklumat tersebut semakin banyak dan berkembang, maka pendeta-pendeta Yahudi mula membukukannya agar info-info berkaitan tidak hilang dan pupus. Penulisan ini akhirnya diterima oleh umat Yahudi sebagai rujukan kedua setelah Taurat yang bernama Talmud.Kategori Israiliyyat
Secara umumnya, Israiliyyat boleh dibahagikan kepada 3 kategori :
1) Israiliyyat yang selari kehendak al-Quran dan Sunnah.
Contohnya: Kisah-kisah Bani Israil dalam Quran dan Hadith yang sahih. Seperti kisah laut terbelah setelah dipukul tongkat Nabi Musa.
Ianya adalah israiliyyat yang paling benar.
2) Israiliyyat yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah dan fakta Sains.
Contohnya:
- Cerita malaikat Harut dan Marut yang terlibat minum arak, berzina dan membunuh.
- Cerita bumi terletak di atas tanduk lembu. “Sesungguhnya bumi berada di atas sebiji batu. Batu tersebut berada di atas tanduk seekor lembu jantan. Apabila lembu jantan itu menggerakkan tanduknya, maka batu tersebut pun bergerak dan bergeraklah bumi. Itulah gempa bumi.”
3) Israiliyyat yang tidak dapat dipastikan statusnya (مسكوت عنه).
Contohnya:
- Riwayat-riwayat yang menceritakan bahagian anggota lembu yang diambil untuk memukul si mati dalam kisah Bani Israil. Ada yang mengatakan lidah. Ada yang mengatakan ekor.
- (Barangkali) seperti asal usul kapal Nabi Nuh serta teori tentang kelebihan kayu kokka.
Hukum menyebarkan Israiliyyat

Penyusun buku Mustika Hadith menyatakan, seseorang itu diberikan ‘kelonggaran’ untuk menyebarkan cerita Israiliyyat, asalkan cerita-cerita itu tidak diyakini kepalsuannya serta mengandungi pengajaran dan iktibar. (Mustika Hadith, Jilid 1, Hlm 103 – edisi jawi)
- Kisah kaum yang dihukum membunuh diri sendiri sebagai bentuk penyesalan dan taubat dari dosa menyembah anak lembu. (lihat Surah al-Baqarah : 54)
Ia amat bercanggah dengan disiplin ilmu dan maruah.
Ibnu Solah menjelaskan, tegahan ini adalah merangkumi perkara yang berkaitan halal dan haram, cerita-cerita, sejarah, targhib (galakan), tarhib (ancaman) dan fadhail (kelebihan beramal).

Sesiapa yang menceritakan sebuah hadith yang ia sendiri mendapatinya sebagai hadith rekaan dan palsu, maka ia sesungguhnya tergolong di kalangan penipu dan pendusta.

Janganlah kamu menganggap benar cerita-cerita ahli kitab dan jangan pula kamu mengganggap dusta. Tetapi katakanlah : “Kami beriman dengan Allah serta segala ajaran yang diturunkan kepada nabi Ibrahim, Ismail, Ishak dan Yaakub.”
- Menyatakan takhrij dan sumber sesuatu hadith ketika berucap atau menulis. Ini supaya kita terselamat dari kesalahan sewaktu mengungkapkan hadith dan dengan sumber tersebut para pendengar/pembaca boleh melakukan rujukan pada masa akan datang.
- Menyatakan sesuatu cerita itu sebagai “israiliyyat yang tiada sandaran” sewaktu menulis atau menyebutkannya di khalayak awam.
- Di antara bentuk “yang hampir kepada pendustaan atas nama Rasul” ialah menyebut kalimah-kalimah hadith dengan baris/tanda baca yang salah. Ini kerana ianya akan merubah maksud hadith atau menjadikannya tidak bermaksud, sekaligus merubah maksud syara`. Justeru, pastikan hadith dibaca/ditulis dengan tepat dan betul.
(Mustika Hadith, Jilid 1, Hlm 103)
- Tidak kerap menukilkan cerita Israiliyyat. Ini kerana selalunya isi cerita Israiliyyat adalah pelik, aneh dan mungkin seronok didengar. Justeru, adalah tidak wajar sering menyogokkan masyarakat dengan cerita pelik yang tidak berasas kerana ia tidak berfaedah. Banyak lagi maklumat penting yang perlu masyarakat tahu dan faham.
- Agar tidak terjebak dari memetik riwayat israiliyyat yang tidak berasas, gunakan kitab tafsir yang memiliki ‘takhrij’ hadith dan penjelasan status riwayat. Atau gunakan at-Tafsir al-Munir karangan Dr. Wahbah az-Zuhayli sebagai rujukan tafsir. Ini kerana kitab tersebut dilihat hanya memuatkan fakta-fakta israiliyyat yang sahih dari al-Quran dan Sunnah.
- Mustika Hadith – Susunan bersama oleh Syaikh Abdullah bin Basmeh, Datuk Hj Muhammad Nor bin Ibrahim dan Hj. Ismail bin Yusuf
- Sahih al-Bukhari
- Sahih Muslim
- Sunan Tirmizi
- Al-Israiliyyat Wa al-Maudhu`at Fi Kutub at-Tafasir – Dr. Abu Shahbah





Dialah (Allah) yang telah menghantar kepada umat yang Ummiy (yang tidak tahu membaca dan menulis) itu seorang rasul dikalangan mereka. (al-Jumu`ah : 20)
Cari dan tulislah hadith-hadith Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya aku khuatir ilmu dan ulama menjadi pupus. Dan janganlah kamu tulis melainkan hadith-hadith dari Rasulullah s.a.w.