31 Disember 2017

Skrip Kalam Jama`iy / Coral Speaking Arab

Ok, pada kali ni, aku nak share lirik atau skrip Kalam Jama`iy / Coral Speaking bahasa Arab pula. Siap terjemahannya sekali.

Aku pernah reka benda ni untuk persembahan pelajar darjah 4. So, kalau korang nak ejas, kurang atau tambah, dipersilakan. Bab intonasi dan kreativiti lain, aku rasa korang lebih arif. So, dipersilakan copy kalau korang perlukan. Cuma jangan lupa doakan aku, hehe.

Kalau ada silap di mana-mana, korang perbetulkan ya...

Tajuknya Buah-buahan

(Catatan: Kalimah Suq boleh di'muzakkar' atau di'muannath'kan)



اَلْفَوَاكِهُ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

نَحْنُ مِنْ فِرْقَةِ الرَّابِعَةِ اْلاِبْتِدَائِيَّةْ، سَنُقَدِّمُ لَكْمْ جَمِيْعًا، الْكَلَامَ الْجَمَاعِيْ تَحْتَ الْمَوْضُوعْ " اَلْفَوَاكِهْ".
Kami dari tahun 4, ingin mempersembahkan Kalam Jama`iy bertajuk ‘buah-buahan’

ذَاتَ يَوْمٍ، ذَهَبْنَا إِلىَ السُّوْقِ بِالْحَافِلَةِ.
Suatu hari, kami pergi ke pasar dengan bas

اِجْتَمَعْنَا فِي الْمَدْرَسَةِ، وَانْطَلَقْنَا مِنَ الْمَدْرَسَةِ صَبَاحًا مُبَكِّرًا.
Kami berkumpul di sekolah dan bertolak dari sekolah pada awal pagi

اِنْطَلَقْنَا مَسْرُوْرِيْنْ، وَوَصَلْنَا سَالِمِيْنْ
Kami bertolak dengan gembira, dan sampai dengan selamat

اَلسُّوْقُ... كَبِيْرَةٌ جِدًّا!!
Pasar itu….. besar sangat!

مَا أَكْبَرَ هَذَا السُّوقْ!
Besarnya pasar itu!!

اَلسُّوقْ... وَاسِعَةٌ جِدًّا!!
Pasar itu… luas sangat

مَا أَوْسَعَ هَذاَ السُّوقْ!
Luasnya pasar itu!

سُبْحَانَ اللهْ....! مَا أَكْثَرَ الْفَوَاكِهُ فِي هَذَا السُّوقْ!!
Subhanallah…! Banyaknya buah-buahan di pasar ini!!

فِيْهَا فَوَاكِهُ كَثِيْرة! اَلْفَوَاكِهُ الْمَحَلِّيَّةْ وَالمُسْتَوْرَدَةُ هُنَا وَهُنَاكَ.
Ada buah yang banyak! Ada buah tempatan dan buat import di sana sini

نَعَمْ، كُلُّ الْفَوَاكِهِ لَذِيْذٌ جِدًّا.
Ya… Semua buah-buahan sedap sangat

مَا هِيَ الْفَوَاكِهُ الْـمَحَلِّيَةُ يَا عَلِيْ؟
Apakah buah-buahan tempatan, Ali?

اَلْفَوَاكِهُ الْمَحَلِّيَةُ كَثِيْرةٌ...! مِنْهَا....
Buah-buahan tempatan banyakkk, antaranya…

بِطِّيْخٌ، مَنْجُوْ، أَبُوْ شَوْكَةٌ، أَبُوْ شَعْرٌ، جَوَّافَةٌ، جُوْزُ الهِنْدِي، أَنَانَاس، مَوْزٌ...
Tembikai, manga, durian, rambutan, jambu batu, kelapa, nenas, pisang….

سُبْحَانَ الله! مَا أَكْثَرَ الْفَوَاكِهُ الْمَـحَلِّيَّةْ.
Subhanallah! Banyaknya buah-buahan tempatan

مَنْ يَعْرِفُ الْفَوَاكِهَ الْمُسْتَوْرَدَةْ ؟
Siapa yang tahu buah-buahan import?

أَعْرِفْ...! أَعْرِفْ ...!
Saya tahu…! Saya tahu…!

اَلْفَوَاكِهُ الْـمُسْتَوْرَدَةكَثِيْرَةٌ... مِنْهَا...
Buah-buahan import banyakkk, antaranya

فَرَاوِلَةٌ، عِنَبٌ، تُفَاحٌ، بُرْتُقَالٌ، تَمْرٌ، زَيْتُونْ، اَلتِّينْ...
Strawberi, anggur, epal, limau, kurma, zaitun, tin…

إِذَنْ، أَيُّ الْفَوَاكِهِ تُحِبُّوْنَ ؟
Jadi, buah apakah yang kamu suka?

أَنَا أُحِبُّ التُّفَّاحَ، لِأّنَّ طَعْمَهُ لَطِيْفٌ.
Saya suka buah epal kerana rasanya enak

أَنَا أُحِبُّ الْبُرْتَقَالَ، لِأّنَّ طَعْمَهُ حُلْوٌ وَحَامِضٌ
Saya suka buah limau keran rasanya manis-manis masam

أَنَا أُحِبُّ أَبُوْ شَوْكَةٌ، لِأَنَّ طَعْمَهُ لَذِيْذٌ، وَرَائِحَتُهُ همممم، رَائِعْ
Saya suka durian, kerana rasanya sedap, baunya… ermmm, wangiii

أَنَا أُحِبُّ الزَّيْتُونْ، طَعْمُهُ لَيْسَ لَذِيْذًا، لَكِنَّهُ نَافِعٌ لِصِحَّتِنَا
Saya suka buah zaitun, rasanya tidaklah sedap, tapi ia menyihatkan

أَيْوَه، رَائِعْ جِدًّا.
Ya, sungguh menarik

أَنَا لَا أُحِبُّ الْفَوَاكِهْ....
Saya pula tidak suka buah-buahan

لِمَاذَا.......!!!؟
Kenapa!!!?

بَلْ أُحِبُّ الدَّجَّاجَ الْمَقْلِيَّ فَقَطْ..... مممم لَذِيذْ جِدًّا..!
Saya hanya suka makan ayam goring… ermm, rasanya sedap sungguh….

لاَااااا.... كُلِ الْفَوَاكِهَ لِأَنـَّهَا مُفِيْدَةٌ لِلصِّحَّة!
Jangannn…. Makanlah buah-buahan, ia menyihatkan badan!

الْفَوَاكِهُ....! تَقْلِيْلُ الْكُولِسْترول!
Buah-buahan…. Menurunkan kolestrol!

الْفَوَاكِهُ....! اَلْوِقَايَةُ مِنَ سَرَطَانْ!
Buah-buahan…. Mencegah kanser!

الْفَوَاكِهُ....! اَلْوِقَايَةُ مِن أَمْرَاضِ الْقَلْبِ!
Buah-buahan…. Mencegah sakit jantung!

الْفَوَاكِهُ....! زِيَادَةُ الْقُدْرَةِ عَلىَ الْـهَضْمِ!
Buah-buahan…. Membantu penghadaman!

الْفَوَاكِهُ....! زِيَادَةُ الْمَنَاعَةِ لـِجِسْمِ اْلإنْسَانِ!
Buah-buahan…. Menguatkan imun tubuh manusia!

مَا شَاءَ اللهُ....!!! اَلْفَوَائِدُ كَثِيْرَةٌ جِدًّا جِدًّا!!
Masya Allah… manfaat buah sangat banyak!!

حَسَنًا... سَآكُلُ الْفَوَاكِهَ كَثِيْرًا بَعْدَ هَذَا...
Baiklah… saya akan selalu makan buah-buahan selepas ini….

جَيِّدْ...!! هَذِهِ مِنْ نِعْمَةِ اللهِ عَلَيْنَا...!!
Bagus…!! Inilah nikmat Allah kepada kita semua
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ...!! رَبِّ الْعَالَمِينْ...!!
Segala bagi Allah….! Tuhan semesta alam…!

نَشْكُرُ اللهَ عَلىَ هَذِهِ النِّعْمَةْ...!
Kita bersyukur kepada Allah atas nikmat ini..!

لاَ تَنْسَوْا جَمِيْعًا مِنَ الْفَوَاكِهْ..!
Kalian jangan lupakan buah-buahan…!

أَفْضَلُ الدَّوَاءْ مَا كَانَ غِذَاءً
Sebaik-baik penawar ialah yang berupa makanan..

أَفْضَلُ الْغِذَاءْ مَا كَانَ دَوَاءً
Sebaik-baik makanan ialah yang mempunyai penawar

إِلَى اللِّقَاءِ  أَيُّهَا الْـحَاضِرُونْ...
Jumpa lagi para hadirin sekalian…


وبالله التوفيق والهداية، والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

11 Jun 2017

Solat Makmum dan Imam Tak sama. Boleh berjemaah sekali ke?

Kadang-kadang kita terlewat hadir solat di masjid. 

Masa itu imam dah habis solat. Makmum pun tak ada yang masbuq. Yang ada hanyalah mereka yang sedang solat sunat. Tapi kita nak pahala berjemaah 27 kali ganda tu. So, boleh ke kita berimamkan dengan orang yang sedang solat sunat, sedangkan solat kita jenis fardhu?

Dalam hal ni, ada perbahasan lanjut dalam kitab-kitab. Cuma di sini nak utarakan mazhab Syafi'y yang fleksibel.

Jika situasi di atas berlaku, kita boleh berimamkan orang yang solatnya tak sama dengan solat kita. Dia solat sunat, kita solat fardhu. Atau dia solat fardhu qada', kita solat fardhu yang tunai. Takpe, boleh je.

Cuma mereka letak syarat iaitu solat kita dan dia mestilah sama dari sudut pergerakannya. Maksudnya, solat kita dan si imam ada berdiri, rukuk, sujud 2 kali, duduk antara 2 sujud dan seumpamanya. Kebanyakan solat memang ada semua tu.

Yang dikira tak sama ialah solat kita ada rukuk dan sujud, tapi solat imam takde macam solat jenazah. Solat jenazah hanya ada takbir 4 kali, rukuk, sujud dan rakaat pun tak ada. Maka 'berjemaah' tak berlaku kalau ikut imam yang solatnya macam tu. Kerana clash antara 2 solat tu terlalu ketara dan tak boleh nak ikut.

Maka, selebihnya, kita boleh saja ikut tanpa perlu siasat jenis solat si imam.


(Sumber : Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh)

Sedikit Info Tentang Niat Puasa

Fungsi Niat

Dalam ibadah, niat adalah perkara yang wajib ada. 

Ada 2 fungsi utama niat, sekurang-kurangnya.

1) Untuk spesifikkan jenis ibadah.

2) Untuk pastikan ibadah dibuat kerana Allah. Ini boleh bantu agar kita ikhlas keranaNya supaya peluang dapat pahala semakin terbuka.


Tempat Niat 

Niat timbul di hati. Maka tempat asalnya adalah di hati. Adapun sebutan dimulut dengan lafaz 'Nawaitu Sawma Ghadin....' atau 'Usalli Fardhal Asri....", maka itu bukannya niat. Siapa yang sebut lafaz seumpama tadi tanpa niat di hati, ia dikira tidak berniat, maka ibadah berkenaan tidak dikira wujud (tak sah). Justeru, hati-hati...

Sebutan lafaz tadi berfungsi sebagai pembantu atau pengingat hati saja. Jika tak lafaz, tapi ada lintasan niat di hati, sudah memadai.


Niat Puasa di Bulan Ramadhan

Ada 2 jenis niat.

1) Niat setiap hari.
2) Niat untuk sebulan sekaligus.

Secara amnya, puasa adalah ibadah berasingan mengikut hari, maka logiknya, niatnya pun perlu berasingan. Berapa hari puasa dibuat, banyak itu juga niat yang berlaku. Baik puasa wajib mahupun puasa sunat. Niat memang dimestikan. Ini pandangan majoriti ulama.

Namun, Ulama mazhab Maliki mengharuskan niat untuk sebulan sekaligus. Ertinya, masa 1st Ramadhan kita niat nak puasa Ramadhan sebulan untuk tahun ini, maka cari ini adalah sah menurut ijtihad mereka. Cuma mereka kata, kalau tiba-tiba puasa terputus dengan sebab sakit, haid, musafir atau apa-apa keuzuran, maka kena niat semula bila nak mula balik. Masa niat kali ke-2 tu, boleh niat sekaligus mewakili hari-hari berbaki.

Hujjah mereka ialah mereka kata puasa Ramadhan adalah ibadah satu set dalam tempoh sebulan. Jadi, sekali niat dah memadai. Namun mereka tak halang sesiapa nak niat ikut hari.

Bila start niat?


Niat puasa boleh dibuat dibuat seawal selepas berbuka puasa. Tak semestinya kena tunggu lepas tarawih, kerana yang penting, niat mesti dibuat di waktu malam, dan maghrib adalah sebahagian dari malam. Ini untuk puasa Ramadhan.

Untuk puasa sunat agak fleksibel. Boleh niat malam dan boleh juga niat lepas subuh atau lepas matahari terbit sampai sebelum zohor. Ertinya kalau niat lepas zohor, tak dikira niat puasa. Keharusan niat macam ni bersyarat iaitu selagi tak jamah makanan.

Alasannya sebab Nabi pernah buat macam tu. Lepas matahari terbit, Nabi tanya isterinya ada makanan apa hari ini. Kalau isterinya jawab tak ada, Nabi akan berpuasa sunat hari tu.




(Semua huraian di atas, diceduk dari Fiqh Islami Wa Adillatuh, tulisan Dr Wahbah Az-Zuhaili)





07 Januari 2017

Cara-cara Pam Tayar Kereta

Nak pam tayar kereta, ada caranya.

Kalau salah pam, nanti jadi macam kat kereta isteri aku. Terlebih pam sampai menggelembung tayar kereta. Last-last kena tukar tayar baru.

Mula2 cek kat sekitar pintu driver.  Kat situ ada sticker kecik yang paparkan info ringkas tentang kadar angin tayar depan dan belakang, serta kadar angin ketika kereta kosong dan penuh dengan penumpang. Sticker tu selalunya berwarna putih.

Perhatikan perkataan nombor di sebelah kPa atau disebalah PSI. Walaupun aku tak faham apa makna 2 benda alah tu, tapi aku perasan no kPa selalunya lebih besar dari nombor PSI. So, ingat no kPa tu, iaitu angka 210.


(Klik untuk imej lebih jelas)

Lepas tu pergi tengok di meter pam. Setengah kedai petrol guna pam digital. Yang ini guna 'jarum'.

Kalau guna jarum, bawakan jarum tu ke arah angka 210. Dan cuba perhatikan 1 lagi nombor tepi 210 tu, bukankah ia bernombor 30? Jadi, aku simpulkan nilai pada kPa adalah sama dalam bentuk PSI, cuma angkanya berbezanya. Alah, macam nilai USD1 sama dengan RM4.50 lah.. (Kerajaan BN memang tak pandai urus ekonomi Negara sekarang ini. So, nanti jangan undi depa)

Cara nak bawa jarum tu, boleh guna tombol pemulas. Boleh guna butang bersimbol + atau - .



Lepas tu, letakkan alat pam di punat tayar. Masa tekan nanti, akan ada bunyi angin. Teruskan pam sampai bunyi bip-bip. Itu tanda tayar sudah terima angin berdasarkan kadar kPa 210 yang juga bersamaan dengan PSI 30.

Kalau pam digital pun senang. Hanya perlukan setkan angka kPa atau PSI dekat butang berlambang + atau - saja.

Cuma nombor 210 atau 30 tu mungkin berbeza dengan kereta korang, disebabkan saiz tayar. Apa pun, rujuklah kat sticker putih tu sebelum mengepam. Cek no saiz tayar yang tulisan begini : 175/65R14 (Rujuk sticker di atas). Lain jenis tayar, maka lain sikit bentuk angka atau abjad berkenaan.

Selamat mencuba...

05 Januari 2017

Untungnya Hidup Berdiplomasi

Banyak unsur subjektif dalam hidup ni.

Ada perkara yang mudah bagi kita,  tapi susah untuk orang lain. Ada perkara yang susah untuk kita, tapi mudah untuk orang lain. Ada benda yang kita tahu dan orang lain tak tahu, ada juga sebaliknya.

Di sinilah nampak pentingnya hidup saling berkongsi, saling membantu dan bekerjasama. Tak perlu sombong atau berasa diri sempurna.

Yang paling penting ada kemahuan untuk belajar benda baru dan tiada rasa 'perasan bagus'. Ketika itu minda kita menjadi terbuka dan bersedia 'mendengar' kelainan dan variasi idea yang pelbagai -  sekalipun kita mungkin tidak menerimanya di hujung perbincangan.

Itu pun dah cukup bagus dah berbanding awal-awal rasa diri bagus.

Bila minda terbuka, hidup lebih tenang. Kita akan 'menikmati'  perbezaan pandangan dengan harmoni.

Kalau kita sedia mendengar kelainan, orang lain insya Allah akan ada sikap yang sama dengan kita. Mahu mendengar kelainan dari kita sebelum mereka buat keputusan untuk bersetuju atau menolak, atau bersetuju dengan separuh dan menolak separuh yang berbaki dari idea kita. Orang kata 'adaptasi'. Itu pun kira ok apa...

Kesediaan orang lain mendengar pandangan kita adalah PELUANG untuk kita sampai idea-idea baik dengan hujjah yang bernas. Ia menguntungkan DAKWAH,  dialog ilmu dan politik idea. Malah ia juga bermanfaat untuk rumahtangga, organisasi,, syarikat dan juga persahabatan.

Itulah untungnya berdiplomasi dengan orang lain. Orang putih kata 'what you give,  you gat back...  Au Kama Qal..


Pemuda Ashab Al-Kahfi: Muslim atau Nasrani?

Ibnu Kathir  dalam  Al-Bidayah Wa An-Nihayah  (2/114) menukilkan pandangan sebahagian ahli tafsir bahawa tujuh pemuda tersebut wujud selepas...