19 Ogos 2019

Kepentingan Bahasa Arab Di Sisi Generasi Salaf dan Ulama

(kredit : miro.medium.com)


1) Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata:

"تعلّمــوا العربيـة؛ فإنهـا مــن دينِكم "

“Pelajarilah bahasa Arab kerana ia sebahagian dari agama kamu.”

2) Saidina Umar Al-Khattab pernah menulis surat kepada Abu Musa Al-Asy`ari :

أما بعد، فتفقهو في السـنةِ، وتفقهـوا في العربيـة، وأعْربُـوا القرآنَ فإنـه عربــي"

“Fahamilah as-Sunnah, fahamilah bahasa Arab dan fahamilah Al-Quran menurut kaedah bahasa Arab kerana Al-Quran itu datang dalam bahasa Arab.”

3) Imam Asy-Syafi`iy pernah ditanya tentang kenapa banyak unsur bid`ah berlaku di zamannya. Beliau menjawab :
"لبُعدِ الناس عن العربية"

"Kerana manusia semakin jauh dari kefahaman bahasa Arab.”

4) Ibn Taimiyyah menegaskan, mempelajari bahasa Arab adalah wajib untuk mereka yang mahu memahami agama dengan baik. Kata beliau :

"إن نفس اللغة العربية من الدين، ومعرفتها فرض واجب، فإن فَهْم الكتاب والسنة فرض، ولا يُفهَم إلا بفهم اللغة العربية، وما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب"

"Sesungguhnya bahasa Arab itu sendiri sebahagian dari agama, maka mengetahuinya adalah satu kefarduan. Ini kerana memahami Al-Quran dan Sunnah itu adalah kewajipan dan keduanya tidak mampu difahami dengan betul melainkan dengan memahami bahasa Arab. Sesuatu kewajipan itu, jika tidak boleh tertegak melainkan dengan satu perantaraan, maka perantaraan itu wajib diwujudkan."

5) Ibn Hazm Al-Andalusi pernah mewajibkan belajar bahasa Nahu dan Bahasa Arab kepada orang yang mahu belajar Fiqh. Ia berkata :

 "لزم لمن طلب الفقه أن يتعلَّم النحو واللغة، وإلا فهو ناقص مُنحط لا تجوز له الفُتيا في دين الله - عز وجل"

Wajib kepada orang yang belajar Fiqh untuk mempelajati Nahu dan Bahasa Arab. Jika tidak ianya satu kekurangan dan defisit, tidak boleh ia terlibat dengan fatwa tentang agama."

Kesimpulan :

  • Kefahaman bahasa Arab yang baik adalah asas wajib bagi mereka yang nak bercakap tentang isu-isu agama yang bersifat teknikal.
  • Bercakap, mengulas atau mentarjih pandangan hukum tanpa memahami asas bahasa Arab antara punca kita melalut dan tak mampu berlapang dada dalam isu khilafiyah.
  • Tidak faham bahasa Arab bererti kita tidak faham dalil-dalil yang dipakai oleh para ulama. Ia menyebabkan kita 'berani' menyalahkan orang yang lebih pakar dari kita. Perbuatan ini hanya mengaibkan diri.

  • Tidak faham bahasa Arab juga antara punca munculnya kelompok 'ruwaibidhah' iaitu orang kebanyakan yang selalu bercakap tentang isu-isu besar.


Semoga Allah beri petunjuk dan tawfiq.

1 ulasan:

  1. As reported by Stanford Medical, It's in fact the ONLY reason this country's women live 10 years more and weigh an average of 42 lbs less than us.

    (By the way, it is not about genetics or some hard exercise and absolutely EVERYTHING to around "how" they eat.)

    BTW, I said "HOW", not "what"...

    CLICK on this link to find out if this easy questionnaire can help you discover your true weight loss possibility

    BalasPadam

Pemuda Ashab Al-Kahfi: Muslim atau Nasrani?

Ibnu Kathir  dalam  Al-Bidayah Wa An-Nihayah  (2/114) menukilkan pandangan sebahagian ahli tafsir bahawa tujuh pemuda tersebut wujud selepas...