16 September 2021

Kira Pembahagian Faraid.

Baru ni dalam grup wassap ada orang tanya soalan.

"Siapa pandai kira faraid dalam ni nak minta tolong. 

Aku belajar dulu lepas cukup makan ja, lani dah lupa pula fomulanya.

Si mati meninggalkan seorang :

Isteri

Anak lelaki 3 orang

Anak perempuan 3 orang.

Harta peninggalan (RM 5000)."


Lepas sejam takde yang respon, aku pun mula mencongak. Mujur masalah ni tak sukar sangat. Jadi aku tak perlu buka kitab rujukan. 

Lepas dah siap kira, aku pun print skrin jawapan ke dalam grup. 



Klik untuk besarkan gambar


Cara kiranya:

Isteri dapat 1/8 sebab ada anak kandung.

Manakala anak lelaki (AL) dan anak perempuan (AP), mereka berkongsi habuan atas nama `Asabah Bi Al-Ghair.

Asal Mas`alah adalah 8. Kemudian didarabkan dengan jumlah bahagian pada AL dan AP tadi iaitu 9.

Walaupun secara bilangannya AL ada 3 orang dan AP pun 3 orang, tapi apabila anak lelaki ada bersama anak perempuan dalam sesuatu kiraan Faraid, maka anak lelaki akan dapat 2 bahagian dan anak perempuan dapat 1 bahagian. 

Ini berdasarkan ketetapan Allah dalam ayat 11, Surah An-Nisa`:

‌لِلذَّكَرِ ‌مِثْلُ حَظِّ الْأٌنْثَيَيْنِ

Bahagian anak lelaki menyamai bahagian 2 orang anak perempuan. 

Jadi, jumlah mengikut bahagian ialah 9 bahagian.

Iaitu:

3 AL bersamaan 6 bahagian (seorang AL dapat 2 bahagian)

3 AP bersamaan 3 bahagian

Jumlah semuanya ialah 9 bahagian.

Maka, Asal Mas`alah yang 8 tadi didarab dengan 9 bahagian. Maka terbitlah 72 bahagian.

Kemudian bahagilah pada ibu, AL dan AP tadi. 


Gambaran kiraannya seperti berikut.

72 bahagian bahagi 8 bahagian asal ibu. Maka ibu dapat 9 bahagian.

Baki 63 bahagian yang dimiliki oleh AL dan AP.

Lalu, 63 bahagian tadi dibahagi kepada 9 bahagian pada AL dan AP tadi. Maka dapatlah 7 bahagian untuk setiap anak.

Namun, AL dapat 2 bahagian. Maka 7 bahagian tadi didarab 2, mereka dapat 14 bahagian untuk seorang.

Sementara AP dapat 7 bahagian untuk seorang.

Selepas masing-masing ketahuan bahagiannya, ambil jumlah RM5000 tadi dan bahagi ikut bahagian masing-masing. 

Dan jumlah berapa harta pusaka RM5000 untuk setiap seorang tadi boleh dilihat dalam jadual di atas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pemuda Ashab Al-Kahfi: Muslim atau Nasrani?

Ibnu Kathir  dalam  Al-Bidayah Wa An-Nihayah  (2/114) menukilkan pandangan sebahagian ahli tafsir bahawa tujuh pemuda tersebut wujud selepas...